SULTAN Muhammad V meletak jawatan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia semalam, yang pertama dalam sejarah raja berpelembagaan negara.
Pemerintahan singkatnya dipenuhi kontroversi- daripada kelewatan majlis angkat sumpah Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ke-7 Malaysia, pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas hinggalah terbongkarnya perbelanjaan mewah kehidupannya serta kisah bagaimana baginda menggantikan ayahndanya sebagai Sultan Kelantan.
Tetapi, baginda jugalah Sultan yang memastikan peralihan kuasa pertama negara sejak Merdeka berjalan lancar, baginda juga mempercepat proses pengampunan penuh bakal perdana menteri Anwar Ibrahim.
Dan di mata rakyat, imejnya yang berjubah, berkopiah dan berselipar hadir ke masjid atau mencemar duli melawat rakyat akan sentiasa dikenang. – 7 Januari, 2019.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberikan tabik hormat ketika majlis lawatan rasmi ke Parlimen di Kuala Lumpur pada 13 Disember 2016. Baginda adalah Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia. – Gambar EPA, 7 Januari, 2019.Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Sultan Muhammad V sebelum majlis angkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 10 Mei 2018.
– Gambar ehsan Istana Negara, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V mencium naskah Al-Quran pada majlis pertabalannya di Istana Negara. – Gambar ehsan Jabatan Penerangan, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V berdoa pada majlis sambutan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, Kuala Lumpur pada 13 Disember 2016. – Gambar AFP, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V memberikan tabik hormat pada majlis angkat sumpah di Parlimen, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V mencium keris pada majlis pertabalan di Istana Negara pada 24 April 2017. – Gambar ehsan Jabatan Penerangan, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V pada majlis angkat sumpah di Parlimen, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V bertitah di Parlimen pada 17 Julai 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V (kanan) menerima watikah diraja daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada majlis pembukaan sidang pertama Parlimen ke-14 pada 17 Julai 2018. – Gambar EPA, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V memeriksa barisan kehormat pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 di Putrajaya pada 31 Ogos 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Januari, 2019.Presiden Filipina Rodrigo Duterte (kiri) and Sultan Muhammad V pada majlis jamuan diraja di sambutan Jubli Emas Brunei di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 6 Oktober 2017. – Gambar EPA, 7 Januari, 2019.Sultan Muhammad V memeriksa barisan kehormat pada majlis pembukaan Parlimen pada 6 Mac 2017. – Gambar AFP, 7 Januari, 2019.
Komen