BINTANG senior, Shalin Zulkifli yang juga ikon boling negara dan bintang negara Muhammad Rafiq Ismail mencetuskan fenomena apabila meraih gelaran berganda dalam pertarungan penuh mendebarkan acara masters lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA ke-29, semalam.
Kontinjen Malaysia semalam menambah lima lagi emas untuk terus mengekalkan kedudukan tertinggi dalam temasya itu dengan pungutan pingat dengan 68 emas, 46 perak dan 44 gangsa.
Vietnam yang terus meraih emas acara renang dan olahraga, kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 43 emas, diikuti rapat Singapura dengan 39 pingat.
Hari ini, perlawanan kemuncak bola sepak separuh akhir lelaki dengan Indonesia di Stadium Shah Alam bakal disaksikan 70,000 peminat manaka acara terjun dan gimrama dijangka menjadi lubuk emas negara. – 26 Ogos, 2017.
Masih berbisa, Shalin Zulkifli dibaluti Jalur Gemilang bergambar bersama pingat emas selepas memenangi master wanita di Sunway Mega Lanes, Kuala Lumpur dalam pertandingan akhir yang mendebarkan. – Gambar KL2017, 26 Ogos, 2017.Abdul Hafiz, peserta rejam lembing dari Indonesia membawa pulang pingat perak pada final di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas tewas di tangan Thailand. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2017.Hampir tertelan pasir, aksi Maria Natalia Londa dari Indonesia dalam final acara lompat jauh pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Beliau meraih pingat perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2017.Jaran Sathoengram (kiri) dari Thailand tiba di garisan penamat diikuti Yaspi Boby (Indonesia) dan Nixon Kennedy (Malaysia) dalam final acara 4x100m lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2017.Kuartet Thailand meraikan kemenangan selepas berjaya memecahkan rekod dalam acara 4x100m lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2017.Langkah laju Nguyen Van Lai (tengah) dari Vietnam dalam acara 10000m lelaki final berbaloi apabila memenangi pingat perak, di belakang Agus Prayogo dari Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Ogos, 2017.Ngeri, Ririn Ninasih dan Riska Hermawan dari Indonesia dalam aksi Pencak Silat Ganda wanita final di Kuala Lumpur. – Gambar EPA oleh Fazry Ismail, 26 Ogos, 2017.Fokus pada bola, Oktariyani Novita dari Indonesia membuat pukulan dalam acara ping pong berpasukan wanita di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 26 Ogos, 2017.Lee Rou You, skuad ping pong Malaysia dalam aksinya semalam. Mereka layak ke peringkat separuh akhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 26 Ogos, 2017.Aksi mantap Ng Sock Khim, pasukan ping pong wanita Malaysia menewaskan Filipina 3-1 dan Myanmar 3-0, untuk menduduki tangga kedua dalam kumpulan dan layak ke separuh akhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 26 Ogos, 2017.
Komen