MALAYSIA meraih pingat emas ke-13 pada pertengahan saingan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semalam selaku pendahulu carta kedudukan dengan 63 pingat dan sekali gus merapatkan jurang memburu 111 pingat emas.
Antara yang menyinar semalam ialah atlet tukul besi wanita, Grace Wong yang berusia 16 tahun, petinju negara bertubuh kecil, Muhammad Fuad Mohd Redzuan dan skuad karate kebangsaan yang sekali lagi menunjukkan prestasi terbaik, dengan mudah menamatkan cabaran meraih dua lagi emas acara kata berpasukan lelaki dan kumite berpasukan wanita keseluruhan tujuh pingat yang berlangsung selama tiga hari.
Ekuestrian, silat, menembak, tenpin boling, boling padang, renang, petanque, kriket serta skuasy, masing-masing menambah satu pingat. – 25 Ogos, 2017.
Muhamad Fuad Redzuan mengalirkan air mata ketika tumbukannya membawa emas untuk negara dalam kategori light flyweight (49 kg) selepas menewaskan Thani Narinram dari Thailand, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 25 Ogos, 2017.Pemain kriket Malaysia Mohamad Fikri Makram (kiri) memberi konsentrasi penuh ketika perlawanan semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2017.Aksi menarik Michelle Suat Li dari Singapura dalam acara lompat tinggi wanita pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2017.Peserta dari Myanmar (kiri) berlawan dengan peserta dari Cambodia dalam acara kumite berpasukan wanita pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2017.Alfau Jan Abad dan Almohaidib Abad dari Filipina segak berbaju biru ketika beraksi dalam acara seni ganda silat lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2017.Marvin John Tupas, peninju Filipina meraikan kemenangannya bersama jurulatih selepas menewaskan peserta Malaysia Adli Hafidz bagi kategori light heavyweight (81 kg). – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 25 Ogos, 2017.Tanes Ongjunta dari Thailand (kiri) menentang peninju Indonesia Aldoms Sugoro dalam kategori flyweight (52kg) di MITEC, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 25 Ogos, 2017.Pasukan kriket Malaysia menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan. Ini penampilan sulung Malaysia dan melakar rekod tanpa kalah kategori 50 Overs lelaki. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2017.Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif dari Malaysia mencatat 582 mata keseluruhan untuk menang emas dalam kategori seni ganda lelaki. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2017.
Komen