MISI Malaysia untuk mengumpul 111 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-29 kini semakin hampir apabila menambah 10 lagi pingat semalam bagi menempatkan diri pada kedudukan teratas carta dengan kiraan 50 emas setakat ini.
Hanya berbaki seminggu lagi, suasana semakin panas dengan sebahagian besar daripada 38 acara yang dipertandingkan sudahpun berlangsung, memburu impian untuk mengulangi pencapaian 2001. – 24 Ogos, 2017.
Tikhamporn Sakunpithak dari Thailand (kanan) membawa bola di sebelah Nur Aisyah Yaacob dari Malaysia semasa perlawanan hoki pada temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Ogos 2017.
Aksi penyokong Thailand dengan lakaran bendera negaranya pada bahagian muka pada temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Ogos 2017.
Gimnas Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi tersenyum bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara senaman lantai individu wanita pada temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Ogos 2017.Fencers Lau Ywen dari Singapura dan Pornsawan Ngernrungruangroj Thailand bersaing dalam acara lelaki individu sabre pada temasya Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur. Gambar diambil menggunakan 'multiple exposure'. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Ogos 2017.
Royson Vincent (kiri) dari Malaysia, Marco Vilog (tengah) dari Filipina dan Yothin Yaprajan (kanan) dari Thailand bersaing semasa pertandingan akhir 800m lelaki pada temasya Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 24 Ogos 2017.Aksi Nik Fariezail Erman dari Malaysia dalam acara lompat kijang lelaki pada temasya Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 24 Ogos 2017.Doan Thi Xuan dari Vietnam menahan hantaran bola semasa pertandingan bola tampar wanita pada temasya Sukan SEA ke-29 di Dewan MITEC, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 24 Ogos 2017.Wakil negara, Low Mei Cing (kiri) dan Wong Wee Yan menahan hantaran bola daripada pemain Vietnam semasa perlawanan bola tampar wanita pada temasya Sukan SEA ke-29 di Dewan MITEC, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 24 Ogos 2017.
Atlet negara Muhammad Hakimi Ismail memadamkan catatan rekodnya sendiri selepas lompatanya sejauh 16.77m meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 24 Ogos 2017.
Komen