SEKURANG-kurangnya 200 orang terbunuh dan hampir 600 orang cedera dalam kejadian tsunami di Indonesia yang disebabkan oleh gunung berapi yang dikenali sebagai Anak Krakatau, menurut pihak berkuasa.
Ratusan bangunan musnah sama sekali dilanda ombak yang membadai kawasan pesisir di Sumatera Selatan kira-kira jam 9.30 malam kata jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan.
Menurut pihak berkuasa, tsunami itu mungkin tercetus oleh lonjakan pasang surut luar biasa berikutan fenomena bulan penuh dan gelinciran tanah berikutan letusan gunung berapi Anak Krakatau, yang membentuk pulau kecil di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera. – AFP, 23 Disember, 2018
Seorang penduduk memeriksa kerosakan kediamannya akibat tsunami di Carita, Indonesia susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau. –Gambar AFP, 23 Disember, 2018Anggota pasukan penyelamat mengusung keluar mayat mangsa dari sebuah trak di rumah mayat sementara di Carita, Indonesia.– Gambar AFP, 23 Disember, 2018Mayat yang ditemui di sepanjang pantai Carita di Indonesia diletakkan dalam beg mayat.– Gambar AFP, 23 Disember, 2018Penduduk memeriksa kediaman mereka di Carita, Indonesia yang musnah akibat tsunami.– Gambar AFP, 23 Disember, 2018Sebuah rumah dan kenderaan musnah dalam kejadian tsunami di Indonesia.– Gambar AFP, 23 Disember, 2018Penduduk meninggalka kediaman masing-masing selepas tsunami melanda kawasan pantai Carita, Indonesia.– Gambar AFP, 23 Disember, 2018Penduduk mengumpulkan barangan yang masih boleh dipkai dari kediaman masing-masing selepas dilanda tsunami semalam. – Gambar AFP, 23 Disember, 2018Penduduk yang cedera akibat tsunami menerima rawatan di sebuah hospital di Carita, Indonesia. – Gambar AFP, 23 Disember, 2018Sebahagian daripada mayat mangsa tsunami yang terkorban dikumpulkan di sebuah tempat untuk urusan selanjutnya. – Gambar AFP, 23 Disember, 2018Sebuah rumah mengalami kerosakan akibat dilanda tsunami yang tercetus oleh letusan gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia. – Gambar AFP, 23 Disember, 2018
Komen