Pelbagai hasil bumi di Sekinchan


David ST Loh

PERJALANAN melalui lebh raya E25 dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor menuju ke Tanjung Karang untuk ke Sekinchan pasti menggamit nostalgia.

Kenangan di zaman kanak-kanak ketika memandu di jalan pesisir pantai dan terpaksa perlahan di bekalang lori balak kembali menjengah memori. Kini jalan raya itu sudah mempunyai dua lorong, jadi ada boleh memotong kenderaan berat dengan mudah di sepanjang alan raya yang menjadi laluan utama lori yang memuatkan hasil padi.

Sekinchan, sebuah pekan pesisir pantai terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur itu berada di barat laut negeri Selangor di Sabak Bernam. Anda akan tahu yang anda sudah sampai ke lokasi sebaik sahaja pemandangan ladang kelapa sait berganti dengan hamparan menghijau, menguning dan keemasan sawah padi.

Sekinchan terkenal dengan hasil padinya sejak etani mula menggunakan jentera moden dalam proses penanaman, penuaian dan pemprosesan.

Sekinchan membawa maksud “kampung sesuai untuk bertani” dalam bahasa Cina. Memiliki tanah yang subur dan cuaca yang sesuai, terdapat lebih 1,600 hektar kawasan pertanian di sini.

Di sepanjang jalan, anda akan menemui sebuahh struktur bangunan yang memiliki lubang-lubang kecil yang menjadi sarang kepada burung walit. Industri sarang burung walit turut menjadi salah satu sumber pencarian penduduk di sini. – 23 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen