Harimau Malaya tunduk, tapi tak mengalah


VIETNAM menundukkan Malaysia 1-0 dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium MyDinh, Hanoi sebentar tadi, membolehkannya muncul juara dengan agregat 3-2.

Kemenangan Vietnam ini mengulangi kejayaannya menjulang piala sama 10 tahun lalu.

Vietnam yang menunggu skuad Harimau Malaya di gelanggang sendiri tidak menunggu lama untuk melebarkan jurang perbezaan gol apabila membuka jaringan seawal minit ke-5.

Gol jaringan Nguyen Anh Duc itu kekal sehingga ke akhir perlawanan, dan mengangkat Vietnam juara selepas seri 2-2 sama semasa bertandang di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk pusingan pertama, Selasa lalu.

Kali terakhir Malaysia menang piala ini ialah pada 2010 ketika dibimbing jurulatih K Rajagopal. Empat tahun lalu, Harimau Malaya juga layak ke akhir tetapi kalah 3-4 kepada Thailand. – 15 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen