Festival Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang


David ST Loh

FESTIVAL Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada warisan budaya negeri sejak 39 tahun lalu. Acara tahunan ini menarik ribuan penduduk, pelancong dan peserta dari seluruh dunia.

Perlumbaan pada tahun ini menarik jumlah penyertaan yang tinggi dari pelbagai negara. Sebanyak 85 pasukan bertanding dalam lima acara, merangkumi 12 pelumba dan 22 pelumba bagi laluan sepanjang 200m atau 500m.

Selain Malayssia, acara ini menarik peserta dari pelbagai negara dari Macau hinggalah ke Singapura, China dan Australia. Pendayung dari setiap pasukan memakai baju seragam berwarna-warni, manakala penyokong bersorak sebaik saja acara permulaan acara diumumkan.

Sebaik perlumbaan bermula, juragan setiap perahu berteriakan sambil memukul gendang, menaikkan semangat pendayung. Pendayung setiap perahu pula mempamerkan kehebatan masing-masing selari dengan ketukan gendang. – 13 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen