MALAYSIA meneruskan rentak positif pada hari kedua Sukan SEA ke-29 yang menyaksikan lapan pingat emas berjaya diraih dalam acara recurve berpasukan lelaki dan wanita serta Yeap Wai Kin bagi acara wushu menjadikan pungutan pingat negara kepada 24 emas, 19 perak dan 14 gangsa.
Perenang Welson Sim adalah antara wira dengan permulaan hebat di Pusat Akuatik Negara, mengatasi tiga saat masanya sendiri bagi acara 400m gaya bebas dalam tempoh 3:50.26s, meleburkan lima rekod kejohanan di dalam enam perlumbaan.
Malaysia mengakhiri hari dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan ke separuh akhir selepas menumpaskan Myanmar 3-1 dalam Kumpulan A. – 22 Ogos, 2017.
Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi memperlihatkan aksi menari dalam acara Wanita Artistik Subdivision 2 di temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur yang sedang berlangsung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos 2017.Soeung Tola dari Kemboja semasa perlawanan pingpong menentang Sao Ning dari Singapura di temasya Sukan SEA ke-29 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos 2017.Gimnas Thailand, Thidaporn Khanthara melakukan aksi pada acara Artistik Gimnastik Subdivision 2 di temasya Sukan SEA ke-29 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos 2017.Perenang Vietnam, Thi Anh Vien Nguyen Jing Wen berjaya ke pusingan akhir acara wanita 100 meter pada temasya Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos 2017.
Pasukan bola sepak Malaysia gembira selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Myanmar pada temasya Sukan SEA ke-29 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur. – Gambar AFP oleh Mohd Rasfan, 22 Ogos 2017.
Perenang Malaysia, Welson Wee Sheng Sim tersenyum bangga ketika bergambar dengan pingat emas yang dimenanginya bagi acara 400 meter acara bebas pada pada temasya Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 22 Ogos 2017.
Jing Wen Quah dari Singapura berakhir dalam pusingan akhir acara kuak kupu-kupu 200 meter wanita pada temasya Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 22 Ogos 2017.
Perenang negara, Welson Wee Sheng Sim melihat papan skor selepas menyudahkan acara akhir 400m gaya bebas lelaki pada temasya Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 22 Ogos 2017.
Komen