ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menemui tiga laras senapang AK-47 ditanam dalam semak berhampiran Kampung Gemang, Ayer Lanas dekat Jeli, Kelantan.
Operasi dijalankan oleh pasukan tentera dari Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD).
Senjata yang diletakkan dalam guni itu ditanam di bawah sebuah jambatan dan dipercayai diseludup dari Thailand.
Tiada tangkapan dilakukan dan senjata yang ditemui telah diserah kepada Balai Polis Bukit Bunga, Jeli untuk siasatan lanjut. – 2 Disember, 2018.
Seorang renjer dari Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja sedang memeriksa senapang AK-47 yang ditemui tertanam dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Seorang renjer mengeluarkan senapang AK-47 dalam guni yang ditanam dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Tiga laras senapang AK-47 yang ditemui dalam guni dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Pasukan tentera dari Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) berkumpul dekat empadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Renjer memeriksa senapang AK-47 yang ditemui tertanam dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Pasukan Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menaiki kenderaaan Vamtac 4x4 dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Pasukan Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) memeriksa lokasi di bawah sebuah jambatan di mana tiga laras senapang AK-47 ditemui tertanam dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Seorang renjer menggunakan pisau untuk mengorek lubang sebaik sahaja lokasi senjata yang ditanam dikesan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.Pasukan Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) bersiap sedia dengan pengesan logam sebelum memulakan pencarian dekat sempadan Thailand di Jeli, Kelantan. – Gambar oleh Afiq Hambali, 2 Disember, 2018.
Komen