MAKANAN jalanan di Asia mempunyai pelbagai pilihan dengan harga yang murah. Ia berwarna-warni, lazat dengan pelbagai rasa yang tajam, bersos atau pedas.
Sentiasa ada pilihan bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang manis atau sebaliknya sama ada minuman, makanan ringan atau hidangan lengkap.
Makanan jalanan adalah hidangan asli dan dibuat secara tradisi daripada bahan tempatan yang segar, dimasak pada masa itu pada harga berpatutan.
Beberapa hidangan berjaya menarik perhatian dunia dan menjadi buah mulut bagi pencinta makanan. Ia juga adalah elemen penting bagi gaya pelancongan moden masa kini. Merasai makanan jalanan merupakan pengalaman atau perkara wajib yang perlu dilakukan sekiranya melancong ke sesebuah negara.
Di Thailand, antara yang terkenal dan digemari adalah hidangan mi goreng pad Thai, di Hong Kong, ia adalah kari bebola ikan goreng, sementara kek kacang merah di Taiwan dan mee sup pho di Vietnam, masala thosai sayur, pav bhaji, panipuris (puri goreng) dan snek manis malai kulfi atau pencuci mulut susu beku adalah antara makanan tradisional kegemaran di India.
Pulut tradisional yomari atau ladu kukus Nepal sangat digemari di Nepal dan Kemboja dengan sup siput yang dikutip oleh petani luar bandar untuk dijual di bandar Phnom Penh.
Kala jengking dan cangkerik adalah antara serangga kaya dengan protein yang digoreng sehingga garing dan ditabur dengan serai dan cili begitu popular dijual di kalangan peniaga Thailand.
Dan bungkusan sirih, yang dikenali sebagai kunya, popular di Myanmar, diperbuat daripada tembakau yang sering dihisap atau kunyah. Baozi atau roti daging kukus Cina adalah kegemaran sarapan pagi di China.
Singapura dan Malaysia mempunyai banyak pusat penjaja makanan yang menawarkan pelbagai citarasa makanan tradisional dengan konsep makan secara terbuka.
Singapura berkata ia akan mencalonkan warisan budaya penjajanya, yang terdiri lebih 6,000 bagi Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai.
Tetapi berita itu membangkitkan rasa kurang senang kepada sebahagian rakyat Malaysia, kerana kedua-dua negara berkongsi warisan budaya makanan jalanan sejak sekian lama dengan hidangan hampir serupa yang menyebabkan persaingan berhubung asal-usul hidangan dan rasa paling sedap. – 22 November, 2018.
Seorang peniaga menyusun tembakau di atas daun sirih di gerai jalanan di Naypyitaw, Myanmar. Dikenali sebagai 'kunya', ia popular di Myanmar, dan diperbuat daripada tembakau dan kepingan kecil buah pinang dibalut dengan daun sirih serta diperah air limau sebelum dikunyah atau hisap. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang wanita Nepal menyiapkan ladu kukus yomari di Lalipur. Yomari diperbuat daripada tepung sebagai kulit luar dengan isi gula yang dikenali sebagai chaku dan khuwa. Ia dijual kira-kira 65 Rupee Nepal (RM4) setiap bagi setiap ladu. Yomari sejenis makanan tradisional adalah hidangan khusus oleh bagi etnik Newari etnik di Nepal untuk perayaan mereka, tetapi susulan permintaan yang tinggi, ia kini dijual sepanjang tahun. – Gambar EPA, 22 November, 2018.
Pelancong melihat pelbagai serangga goreng di gerai makanan jalanan di Jalan Khao San, di Bangkok, Thailand. Ia menjadi pusat pelbagai makanan tetapi yang paling popular adalah buah-buahan segar, serangga goreng dan pad Thai. Serangga menjadi menu kegemaran di Thailand sejak sekian lama tetapi beberapa tahun lalu, ia mula dikomersialkan. – Gambar EPA, 22 November, 2018.
Beberapa orang wanita Indonesia menikmati bakso di Depok, Indonesia. Bakso terdiri daripada bebola daging dan mee yang dicampur dengan tauhu, sayur, bawang goreng dan sos cili. Ia merupakan salah satu makanan jalanan paling popular di Indonesia. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang peniaga menjual baozi, atau roti daging kukus Cina, di sebuah daerah perniagaan di Beijing, China. Hidangan tradisional Cina itu lazimnya dimakan sebagai sarapan pagi. Baozi dikukus dalam haba yang tinggi di dalam pengukus buluh. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Penjaja di India menjual makanan ringan panipuri, puri goreng dengan pelbagai jenis isi, ketika orang ramai berjalan melewati Jalan Mira, di pinggir Mumbai. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang peniaga memasak sup siput di Koh Pich, Phnom Penh. Sup siput adalah siput tasik, ditangkap oleh petani di wilayah sekitar Phnom Penh. Hidangan ini menawarkan pelanggan gaya makanan tradisional berbanding kebanyakan restoran di Kemboja yang menawarkan masakan Cina, Barat atau negara lain. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Penjaja makanan jalanan mengambil serbuk cili ketika menyediakan kari bebola ikan goreng yang terkenal, snek jalanan disukai golongan muda di Mong Kok, sebuah daerah yang sibuk di Kowloon, Hong Kong. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang rakyat Indonesia menikmati nasi goreng di gerai makanan di Medan, Sumatera Utara. Hidangan yang popular dan lazat dihidangkan dengan telur dan beberapa bahan sampingan. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang penjaja membuat kek kacang merah di Taipei, Taiwan. Kek kacang merah berharga T$10 (RM1.50) setiap satu dan merupakan makanan ringan yang popular. Garing di luar dan lembut di dalam, ia dipenuhi kacang merah, krim dan lobak merah. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang penjaja membakar sate di gerainya di Pusat Makanan Lau Pa Sat di Singapura. – Gambar EPA, 22 November, 2018.
Dibungkus daun pisang, sedia untuk dimakan. Sebungkus nasi lemak di sebuah gerai di Petaling Jaya, enak dimakan dengan sambal, timun, ikan bilis, kacang tanah dan telur rebus atau goreng. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang peniaga warga emas menyajikan xoi, atau pulut dengan lap xuong atau sosej Cina, di sebuah gerai makanan jalanan di Hanoi, Vietnam. Pulut biasanya disajikan dengan daging atau telur, tetapi ia kini terdapat banyak variasi dan boleh dimakan dengan ayam kukus, kacang hijau, kacang dan hirisan kelapa. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang peniaga mengatur serangga goreng di gerainya di Jalan Khao San, di Bangkok, Thailand. Khaosan adalah tempat jualan pelbagai jenis makanan tetapi yang paling popular adalah buah-buahan segar, serangga goreng dan pad Thai. Serangga goreng menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. – Gambar EPA, 22 November, 2018.Seorang penjual itik goreng di Binangonan, Wilayah Rizal, Filipina. Itik ini digoreng selepas direbus dengan bawang putih, bawang dan rempah lain. Ia menghasilkan kulit dan daging itik yang rangup. – Gambar EPA, 22 November, 2018.
Komen