Malaysia meraih dua pingat emas apabila pasukan memanah compound lelaki dan wanita beraksi cemerlang di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.
Trio pasukan memanah compound wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Nam Chong mengalahkan regu Vietnam dengan kiraan 253-252.
Manakala, emas kedua disumbangkan pasukan memanah compound lelaki terdiri daripada Zulfadhli Ruslan, Lee Kin Lip dan Mohd Juwaidi Mazuki yang menewaskan Alan Lee, Pang Toh Jin dan Ang Han Teng dari Singapura. – 17 Ogos, 2017.
Nurul Syazhera Asmi, atlit memanah Malaysia beraksi dalam pusingan akhir acara Memanah Compound Wanita Berpasukan di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos, 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abdul Halim, 17 Ogos, 2017.Pasukan memanah lelaki compound Malaysia meraikan kemenangan pingat emas mereka di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos, 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abdul Halim, 17 Ogos, 2017.Pasukan memanah lelaki compound Malaysia meraikan kemenangan pingat emas mereka di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos, 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abdul Halim, 17 Ogos, 2017.Pasukan memanah wanita compound Malaysia meraikan kemenangan pingat emas mereka di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos, 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abdul Halim, 17 Ogos, 2017.Pasukan memanah wanita compound Malaysia meraikan kemenangan pingat emas mereka di Lapangan Memanah Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos, 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abdul Halim, 17 Ogos, 2017.
Komen