ITU merupakan kata-kata ahli Muay Thai Norma Ishak, 31 yang baru-baru ini bertanding dan tewas dalam Kejuaraan Kick Boxing Amatur Any Martial Art (AMA) yang diadakan baru-baru ini.
Namun, tewas pada pertarungan kali pertama bukanlah sesuatu yang baru bagi mana-mana petinju amatur, malah ibu kepada tiga cahaya mata itu menerima kekalahan itu dengan positif dan berazam untuk kembali lebih kuat.
Norma Ishak, yang juga dikenali dengan nama gelanggangnya Ekin Kak Long, memutuskan untuk menyertai Muay Thai selepas melihat penglibatan suaminya, Ahmad Fadzillah Ahmad Mustafa dalam sukan itu serta mahu cabaran baru dalam hidup.
Persediaan untuk pertarungan bukanlah sesuatu yang mudah bagi Norma, yang terikat dengan rutin harian serta tanggungjawab terhadap keluarga. Beliau memulakan latihan pada Februari selepas membuat keputusan untuk menyertai AMA 5 Best Revenge Kick Boxing Championship, yang diadakan pada November 2018.
Norma yang bekerja sebagai pemandu van sekolah memulakan rutian hariannya seawal pagi. Beliau mula mengambil pelajar pukul 6.30 pagi dan seterusnya pada pukul 10.45 pagi. Norma menamatkan waktu kerja pada pukul 2 petang.
Ketika waktu selang, Norma biasanya akan berlari sejauh 3 kiloeter di bawah 15 minit dan akan berhenti untuk menyediakan makanan kepada keluarganya. Pada sebelah petang, beliau akan berlari 3 kilometer lagi sebelum ke gim pada pukul 7 malam, di mana beliau dilatih oleh Raymond Martin dan Herry Rocko.
Norma mengambil masa selama 9 bulan membuat persediaan, yang beliau tewas pada keputusan sebulat suara. Walaupun tewas, Norma kekal bersemangat tinggi dan berkata beliau mahu meneruskan latihan dengan lebih gigih untuk bertanding pada Kejuaraan Muay Thai Kuda Merah. – 10 November, 2018
Ekin Kak Long menyasarkan untuk bertanding pada Kejohanan Muay Thai Kuda Merah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Sambil memegang dumbell dan mengikat pemberat pada kaki, Ekin Kak Long berlari turun dan naik tangga sebanyak 50 kali sebagai salah satu latihan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Long berlatih untuk kekuatan dengan jurulatih Ramond Martin di Bandar Sri Damansara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin menjalani latihan di Hybrid Combative Academy and Gym di Bandar Sri Damansara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Ling melakuka larian pagi ditemani suaminya Ahmad Fadzillah Ahmad Mustafa di Bandar Sri Damansara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Long memandu van sekolah sebagai sumber pencariannya.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Jurulatih Harry Rocko memberi sokongan kepada Ekin Kak Long ketika waktu rehat pada Kejohanan Kick Boxing AMA 5 yang diadakan di KL Gateway, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Long sedang beraksi pada Kejohanan AMA 5 di KL Gateway, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Long dan suami Ahmad Fadzillah menjalani latihan bersama-sama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Long ketika menjalani latihan dengan jurulatih Ramond Martin di Bandar Sri Damansara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Ekin Kak Long bersama keluarga menyaksikan perlawanan Muay Thai di rumahnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018. Sijil penyertaan Ekin Kak Long dan suaminya pada kejohanan Muay Thai dibingkaikan dan digantung di kediamannya di Bandar Baru Sungai Buloh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018.Ekin Kak Long berlatih bersama suaminya di Hybrid Combative Academy and Gym di Bandar Sri Damansara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2018.
Komen