PERLUMBAAN Strider menjadi medan untuk golongan kanak-kanak merasai pengalaman dunia dua roda dan bersaing dalam perlumbaan persahabatan.
Jika anak-anak boleh berjalan, pastinya mereka mampu menunggang. Basikal tanpa pedal dan hanya bergantung kepada imbangan badan direka khusus bagi membantu kanak-kanak mempelajari koordinasi dan daya imbangan badan sebelum mula mengayuh.
Secara ringkasnya, basikal tanpa pedal ini membolehkan kanak-kanak belajar menunggang, mengelakkan tunggangan mereka terbalik serta belajar cara mengimbang dan membina keyakinan dalam diri mereka.
Basikal menggalakkan pembangunan kesedaran spasial, keseimbangan dan kemahiran motor asas supaya semua kanak-kanak dapat mencapai potensi menunggang maksimum yang lebih pantas, lebih baik dan lebih selamat. – 31 Oktober, 2018
Peserta perlumbaan Strider diawasi oleh jurulatih berpengalaman bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018Kanak-kanak berpeluang mendedahkan potensi awal mereka dalam dunia dua roda. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018Galakan daripada ibu bapa memberi lebih semangat kepada peserta untuk bersaing dalam perlumbaan Strider. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018Seorang bapa memberi sokongan kepada anaknya. Hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan dalam aktiviti sebegini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018Perlumbaan Strider turut mewujudkan persaingan sihat kepada kanak-kanak.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018Kelengkapan seperti topi keledar diwajibkan kepada semua peserta untuk keselamatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018Sokongan daripada ibu bapa memberi lebih semangat kepada peserta. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018 Perlumbaan Strider memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai dunia dua roda dan mengasah kemahiran menunggang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018 Kanak-kanak diberi pendedahan sejak kecil kepada dunia dua road. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018 Seorang peserta kanak-kanak kecewa selepas gagal mendapat tempat dalam pertandingan berkenaan. Pendedahan sebegini memberi peluang kepada mereka untuk bersaing secara sihat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018 Kemahiran mengimbang badan serta mengawal tunggangan menjadi salah satu aspek penting dalam perkembangan minda kanak-kanak menerusi perlumbaan Strider. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018 Pengalaman berharga di usia kanak-kanak pasti akan meninggalkan memori indah di minda anak-anak ini selepas mereka meningkat dewasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018 Beberapa halangan turut diletakkan di litar perlumbaan Strider bagi menguji kemahiran peserta mengawal tunggangan dan keseimbangan badan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 31 Oktober, 2018
Komen