Hidup penduduk Pulau Pinang jadi inspirasi artis Rusia


David ST Loh


ARTIS jalanan Rusia, Julia Volchkova, yang banyak menghasilkan lukisan mengagumkan di beberapa dinding bangunan di Balik Pulau dan George Town, kembali lagi ke Pulau Pinang buat kali ketiga.

Walaupun sejak usia muda, beliau begitu berminat dengan seni dan dengan sokongan ibu bapanya, melanjutkan ijazah dalam seni dan reka bentuk di Universiti Seni Nizhnevartovsk di Siberia.
Selepas menamatkan pengajiannya, beliau tinggal di St Petersburg dan memperoleh kemasyhuran bagi seni jalanannya.

Menerima banyak jemputan untuk melukis dari seluruh dunia, seorang ahli perniagaan yang ingin melabur di Pulau Pinang. menjemputnya melukis mural di George Town.
Ia memperlihatkan bakatnya yang luar biasa dalam merakam ekspresi manusia serta pengetahuannya tentang sejarah serta komuniti setempat, hasil penyelidikan di kawasan tempat karya seninya dipaparkan.

Pada lawatan pertamanya pada 2014, Julia menghabiskan tempoh tiga bulan melukis beberapa mural di George Town.
“The Child” di Prangin Canal adalah mural pertamanya di Pulau Pinang. Ia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki Indonesia menggigit kolar T-shirtnya. Seterusnya ialah “The Indian Boatman”, yang berjaya disiapkan selepas melakukan banyak kajian terhadap masyarakat India tempatan di Sia Boey.

Lawatan seterusnya ke Pulau Pinang membawa beliau ke Balik Pulau dan menghasilkan “Fisherman Mending His Net,” “Silat Master” dan “Hakka Girl”.

Karya terbarunya adalah lukisan berukuran 6x10m di blok flat di sebelah pasar basah di Batu Lanchang.
Belum diberi nama, ia memaparkan seorang nenek berusia 87 tahun dan anak perempuan berusia dua tahun, William Oon, yang lumpu separuh badan selepas diserang strok pada Oktober.

Julia, yang bertemu dengan keluarga Oon untuk menyelami kehidupan mereka, berharap muralnya akan menyentuh hati sesiapa sahaja bukan sekadar di Pulau Pinang, tetapi di seluruh dunia. – 16 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen