SERAMAI 7,191 pengundi awal membuang undi bagi Pilihan Raya (PRK) Kecil Port Dickson hari ini.
Anggota tentera seramai 6,636 orang bersama pasangan masing-masing mengundi di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan di Dewan Serba guna, Kem Segenting PD manakala 555 anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.
Tiga pusat mengundi dibuka membabitkan 13 saluran. Sepuluh saluran dibuka sehingga jam 5.30 petang manakala tiga pusat mengundi - Kem A, B dan C - di di IPD Port Dickson akan ditutup pada tengahari.
PRK ini menyaksikan persaingan tujuh penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 9 Oktober, 2018.
Anggota tentera dari kiri; Fatin Nurfilzah Abdul Wahab, Banu Suria Ganesan and Khairunnisa menunjukkan jari masing-masing yang ditanda dengan dakwat selepas membuang undi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2018.Seorang anggota tentera melihat telefon bimbitnya sementara menunggu giliran untuk membuang undi pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018.Seorang anggota tentera melangkah masuk ke pusat mengundi di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2018.Anggota tentera beratur untuk membuang undi pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018.Seorang tentera memasukkan kertas undi ke dalam peti undi sambil diperhatikan pegawai SPR di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2018.
Barisan anggota tentera menunggu giliran untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pagi tadi di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2018.Anggota tentera berbaris menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab pada pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Oktober, 2018.
Komen