Sultanah Terengganu saman Rewcastle-Brown, penerbit RM300 juta


Bede Hong

Peguam Mohd Haaziq Pillay Abdullah yang mewakili baginda Sultanah Terengganu bercakap pada sidang media yang diadakan berhubung tindakan saman itu hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 September, 2018

SULTANAH Terengganu akan mengambil tindakan saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd sebanyak RM300 juta kerana mendakwa baginda terlibat dalam konspitasi dengan ahli perniagaan Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB. 

Sebarang kos kerosakan yang dianugerahkan mahkamah akan didermakan kepada organisasi amal, kata peguam baginda Mohd Haaziq Pillay Abdullah hari ini.

Tiga pihak berkenaan diberi tempoh sehingga Jumaat untuk memohon maaf selepas surat tuntutan dikeluarkan pada Khamis, katanya.

Saman itu memfokuskan kepada satu perenggan pada muka surat 3 buku Rewcastle-Brown’s, “The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Expose”, yang diterbitkan pada 8 September, yang mendakwa Sultanah terlibat dalam konspirasi dengan Low - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - dan pentadbiran kerajaan sebelum ini dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah menyaman sebanyak RM100 juta untuk kerosakan daripada setiap pihak melainkan mereka mengeluarkan permohonan maaf bertulis, penarikan balik awam yang tegas dan usaha untuk tidak mengulangi kenyataan itu.

Rewcastle-Brown dalam catatan di Sarawak Report pada Khamis berkata bahawa dia memohon maaf sekiranya sultanah “marah dengan salah tafsiran makna kita”.

Tambahnya, beliau tidak mencadangkan sultanah “terlibat dalam konspirasi” dengan Jho Low, atau sultanah dalam apa cara berkait dengan Terengganu Investment Authority (TIA), the precursor to 1MDB.

“Kami maklum tentang hubungan antara Jho Low dan keluarga diraja Terengganu adalah lebih rapat dengan kakak kepada sultan, dengan siapa Jho berurusan dalam perniagaan, dan suaminya.”

Sultanah semalam telah menembak kenyataan itu, mengatakan ia bukanlah permintaan maaf yang “mencukupi”.

“Maaf, pada pandangan kami, bukan permohonan maaf, ia tidak boleh jadi permohonan maaf. Ia mudah, anak panah telah meninggalkan busur,” kata Haaziq pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir ialah pengendali pentadbiran istana Terengganu Mohd Azmi Mohamad Daham dan empat peguam lain.

“Itu bukan syarat tuntutan kami dan saya ingin menyatakan bahawa permintaan maaf yang disebut ini hanya berlaku selepas kami memulakan tuntutan.

“Ini bukanlah permintaan maaf secara tidak langsung, jika anda melihatnya, ia agak layak - jika anda merasa sakit atau salah tafsir, kami minta maaf, itu bukannya caranya dalam undang-undang fitnah,” katanya.

Haaziq berkata sekiranya permintaan maaf tidak akan diterima, tindakan undang-undang akan dimulakan di negara ini, kerana buku itu diedarkan dan dicetak di Malaysia.

Beliau menambah bahawa sultanah tidak pernah bertemu dengan Jho Low. Beliau juga berkata baginda tidak pernah campur tangan dengan hal ehwal kerajaan, tidak pernah terlibat dalam TIA atau 1MDB dan tidak pernah menyokong Jho Low dalam mendapatkan peranan penasihat TIA.

Haazid berkata baginda “sangat tertekan” dan “kecewa” ketika berdepan situasi itu dan mengarahkan Mohd Azmi membuat laporan polis pada 14 September.

“Ini adalah pernyataan yang berniat jahat yang tidak disahkan,” tambah Haaziq.

“Sekiranya mereka mematuhi permintaan itu, maka kita tidak akan (mendakwa).” – 29 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen