Putrajaya bakal tubuhkan badan bebas tangani salah laku polis


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang akan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 21 September, 2018.

SURUHANJAYA Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) akhirnya akan ditubuhkan selepas menunggu selama 13 tahun berikutan bantahan daripada pihak polis.

Kerajaan Pakatan Harapan hari ini berkata, IPCMC akan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini sebagai kompromi.

“EAIC akan dijadikan IPCMC,” kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat kali keempat Kabinet Khas mengenai Anti-Rasuah bersama Pusat Tadbir Urus Negara, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) di Putrajaya hari ini.

IPCMC akan menjadi badan bebas untuk mengkaji aduan polis secara holistik, kata Dr Mahathir.

Pada 2004, sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mengkaji kritikan terhadap polis berhubung peningkatan insiden jenayah dan kematian tahanan.

Mandat RCI adalah untuk mengkaji dan mengesyorkan langkah untuk meningkatkan kecekapan polis serta menjadikan entiti itu lebih dihormati dan digeruni sebagai sebuah badan penguatkuasaan.

Pada November 2005, RCI membuat 125 cadangan dan mencadangkan penubuhan IPCMC untuk menyiasat kesilapan polis dan mengambil tindakan disiplin. – 21 September, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen