Kerajaan wajar semak hukuman mati kes ganja perubatan, kata Dr Mahathir


Ganja perubatan atau minyak ganja mengikut sekumpulan pakar perubatan dunia berkesan mengurangkan kesakitan penyakit kronik, tetapi perundangan berbeza seluruh dunia menyukarkan penerimaanya. – Gambar EPA, 18 September, 2018.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata yang kerajaan wajar menyemak semula kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati kerana membuat dan mengedar minyak ganja perubatan.

“Saya fikir kita akan semak balik,” katanya apabila ditanya kes Muhammad Lukman, 29, yang disabit bersalah kerana memproses, memiliki dan mengedarkan minyak ganja.

Lukman ditahan pada 2015 selepas polis menemui 2 kilogram ganja kering dan 260g ganja padat di rumahnya. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos lalu.

Petisyen di media sosial mendesak pembebasan Lukman sehingga kini sudah ditandatangani 37,000 orang. – 18 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen