PAS tak lawan Umno kerana mereka ‘adik beradik’, kata Dr Mahathir


Noel Achariam

Itu andaian dilakukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tentang mengapa parti Islam itu memutuskan untuk tidak bertanding PRK Sg Kandis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Julai, 2018.

PAS tidak bertanding menentang Umno di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis kerana mereka bersaudara.

Itu andaian dilakukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tentang mengapa parti Islam itu memutuskan untuk tidak bertanding.

“Mereka adik beradik,” katanya selepas majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pandan Indah hari ini.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Lokman Adam (BN), Zawawi Ahmad Mughni (PKR) dan calon bebas Murthy Krishnasamy.

Murthy, 60, muncul di Dewan MBSA, Shah Alam pagi tadi tanpa pengumuman dan penyokong untuk memfailkan penamaan calon selepas calon BN dan PKR selesai proses penamaan calon.

Ini adalah PRK pertama selepas PRU14, 9 Mei lalu.

Pada PRU14 lalu, Shuhaimie Shafiei (PRK) meraih 23,998 undi untuk menang majoriti 12,480 undi. Kamaruzzaman (BN) pula meraih 11,518 undi, Mohd Yusof Abdullah (PAS) pula mendapat 7,573 undi. Hanafiah Husin (PSM) hanya mengumpul 76 undi daripada 50,800 undi kawasan itu.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian Shuhaimie pada 2 Julai lalu. – 21 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen