Mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak bersidang kali pertama hari ini


MAHKAMAH khas jenayah seksual kanak-kanak mengadakan perbicaraan pertamanya hari ini yang melibatkan kes rogol gadis berusia 13 tahun, yang diadakan secara tertutup untuk melindungi saksi.

New Straits Times melaporkan Mohd Haziq Hussain, pembantu kedai makanan berusia 29 tahun didakwa merogol gadis itu di dalam sebuah bilik di Lorong Hajjah Latipah di Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Februari 2015.

Dua saksi memberi keterangan di hadapan mahkamah dan perbicaraan itu akan diteruskan dari 7 Ogos hingga 9 Ogos di hadapan hakim Yong Zarida Sazali.

Mahkamah juga mendengar satu kes baharu terhadap Chua Kim Yap, 43 yang didakwa mencabul seorang budak lelaki bawah umur dengan mencium dan menggigit dadanya di bilik hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 7.15 petang pada 27 Jun.

Permohonan ikat jaminnya ditolak dan kesnya akan disebut pada 8 Ogos.

Mahkamah itu dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak pada 22 Jun sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memerangi jenayah seksual kanak-kanak di negara ini. - 4 Julai 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen