Trump anak beranak disaman kes penipuan


Bekas presiden AS Doland Trump dan ahli keluarganya didakwa dalam kes penipuan kepada pengutip cukai, institusi kewangan dan syarikat insurans. – Gambar EPA, 22 September, 2022.

DONALD Trump dan ahli keluarganya menipu kepada pengutip cukai, institusi kewangan dan syarikat insurans selama bertahun-tahun dalam satu skim yang menipu nilai hartanahnya bagi menambah kekayaan untuknya, menurut saman difailkan peguam negara New York semalam.

Pendakwa raya Letitia James berkata dengan bantuan anaknya dan beberapa individu lain dalam Organisasi Trump, bekas presiden itu memberikan penyata palsu tentang nilai asetnya bagi mendapatkan pinjaman, manfaat insurans dan membayar cukai lebih rendah.

“Secara ringkasnya, beliau menipu untuk mendapatkan faedah kewangan yang besar untuk dirinya.”

Siasatan itu salah satu daripada beberapa siasatan jenayah, sivil dan kongres dilakukan terhadap Trump, yang sedang mengintai untuk bertanding merebut White House pada 2024.

Pejabat pendakwa raya mengarahkan bekas presiden itu membayar sekurang-kurangnya AS$250 juta denda – dianggap jumlah penipuan dilakukan – dan keluarganya dilarang menjalankan perniagaan di negeri itu.

Beliau turt menggesa Trum bersama anaknya, Donald Trump Jr, Eric Trump dan Ivanka Trump dilarang membeli hartanah di negeri itu selama lima tahun. – AFP, 22 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen