Komunis dilayan lebih baik berbanding kami, kata veteran tentera


Elill Easwaran

Ratusan veteran tentera di seluruh negara berhimpun hari ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu kebajikan yang dihadapi mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Jun, 2022.

RATUSAN pesara veteran tentera di seluruh negara berhimpun hari ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu kebajikan yang dihadapi mereka.

Perhimpunan yang dipanggil perhimpunan Veteran Bangkit berlangsung di Monumen Negara berhampiran Taman Tasik di Kuala Lumpur.

Mereka berkata amat menyedihkan melihat komunis dilayan lebih baik daripada mereka yang banyak berkorban untuk negara.

“Rasanya pengganas lebih dilayan dengan baik tetapi bagi kami, keadaannya agak teruk.

“Kami yang telah banyak berkorban untuk negara dilayan seperti sampah.

“Kami melihat ramai saudara kami meninggal dunia semasa mereka dalam perkhidmatan dan sekarang rasanya mereka tidak bermakna kepada kerajaan,” kata pesara tentera Abu Wirid, 65.

Berikutan perjanjian damai kerajaan dengan pengganas komuniti pada 1990, beberapa bekas komunis dibenarkan untuk menetap dengan pencen di Thailand. Sementara yang lain dibenarkan menetap di kampung halaman mereka sendiri. 

Beliau juga menyentuh berkenaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersuara tentang mereka yang berdepan hukuman mati di negara asing tetapi bukan untuk pesara tentera.

“Kerajaan kita juga menulis surat rayuan berkenaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia di luar negara tetapi untuk kami mereka tidak menyuarakan apa-apa,” katanya.

Antara tuntutan kumpulan itu termasuk skim pencen untuk veteran yang bersara awal.

Pada masa ini anggota tentera mesti berkhidmat selama 21 tahun untuk layak menerima bayaran pencen bulanan. Mereka yang memilih untuk bersara awal dikecualikan daripada faedah ini. – 6 Jun, 2022.

Gambar penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen