Reman pengasas JJ Poor to Rich dilanjutkan hingga esok


Pengasas JJPTR Johnson Lee dan dua pembantunya ditahan pada Selasa dan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang untuk ditahan reman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mei, 2017.

PERINTAH reman terhadap pengasas entiti perdagangan forex JJ Poor to Rich (JJPTR) Johnson Lee dan dua pembantunya dilanjutkan hingga esok.

Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Klang jam 10 pagi tadi, lapor The StarOnline.

Pada Selasa, mereka ditahan polis di Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 pagi sebelum direman selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Tangkapan dibuat selepas beberapa agensi penguatkuasaan menyerbu lapan premis JJPTR di Pulau Pinang dan menahan 15 kakitangan dan empat pelabur untuk soal siasat dan dokumentasi, minggu lalu.

JJPTR disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap syarikat itu sejak beberapa minggu lalu. – 18 Mei, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen