4 lagi ahli parlimen PKR dipujuk lompat, dedah Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata empat lagi ahli Parlimen PKR dipujuk untuk melompat parti dan beralih setia kepada Perikatan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2021.

EMPAT lagi ahli Parlimen PKR dipujuk untuk melompat parti dan beralih setia kepada Perikatan Nasional, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen pembangkang dipikat dengan imbuhan wang untuk bergabung dengan PN dan apabila gagal, mereka menjadi mangsa taktik intimidasi, kata pemimpin pembangkang itu pada sidang media hari ini.

Beliau berkata empat ahli Parlimen PKR itu adalah M Karupaiya (Padang Serai), S. Kesavan (Sg Siput), Awang Husaini Sahari (Putatan) dan Michael Teo Yu Leong (Miri).

Pendedahan Anwar itu dibuat selepas kenyataan ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail yang mengatakan beliau menerima tawaran rasuah untuk berpaling tadah.

Sejak itu beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anwar, yang merupakan ahli Parlimen Port Dickson, mendakwa SPRM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digunakan sebagai “senjata” untuk mengancam ahli Parlimen pembangkang yang tidak bersedia membelot.

Ini adalah penyalahgunaan kuasa, tambahnya. – 16 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen