Adun DAP Johor dipanggil beri keterangan dakwaan rasuah MB


Polis akan meyoal Adun Senai Wong Shu Qi kerana mendakwa Menteri Besar Johor Khaled Nordin menerima RM12 juta untuk menukar status sebidang tanah. – Gambar Facebook, 5 Disember, 2017.

POLIS akan menyoal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parlimen Senai Wong Shu Qi mengenai ucapan yang dibuatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor minggu lepas, di mana beliau mendakwa Menteri Besar Khaled Nordin menerima rasuah untuk menukar status sebidang tanah.

Wong memberitahu hari ini memberitahu akhbar yang beliau telah diminta polis untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998.

“(Saya percaya) ia ada kaitan dengan ucapan yang saya buat sebagai Adun di DUN Johor pada Isnin lepas,” katanya.

Beliau berkata akan memberi kerjasama dan akan ke ibu pejabat kontinjen polis Johor pada Jumaat ini. Gobind Singh Deo dari DAP akan menjadi peguam Wong.

Seksyen 203A Kanun Keseksaan adalah berkaitan dengan pendedahan maklumat, manakala Seksyen 233 dari CMA adalah berkaitan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak tepat.

Pada persidangan DUN Johor minggu lepas, Wong telah bertanya sekiranya benar Khaled menerima RM12 juta dari seorang pemaju untuk mengubah status Bumiputera tanah kediaman kepada bukan Bumiputera.

Speaker mengarahkan Wong keluar dari dewan selepas beliau enggan menarik balik kenyataannya.

Wong berkata beliau dapat maklumat itu dari sebuah laman web yang memuat naik kenyataan saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal tersebut.

Khaled menafikan dan berkata ia dakwaan rasuah berniat jahat. – 5 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen