Najib, Jokowi di Kuching bagi rundingan tahunan Malaysia-Indonesia Ke-12


Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 bermula di Kuching hari ini dengan Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengetuai delegasi negara masing-masing. – Gambar fail EPA, 22 November, 2017.

MAJLIS Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 bermula di Kuching hari ini dengan Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengetuai delegasi negara masing-masing.

Kedua-dua pemimpin itu terlebih dahulu menghadiri Mesyuarat Terhad kira-kira 10.35 pagi.

Najib dan Joko atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi, selepas itu langsung menghadiri Mesyuarat Delegasi Malaysia-Indonesia.

Najib dan Jokowi dijadual mengeluarkan kenyataan bersama selepas perundingan itu.

Beberapa orang menteri menyertai perundingan bersama itu termasuk dari Malaysia Menteri Luar Anifah Aman, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed. – Bernama, 22 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen