Australia tolak rayuan waris penumpang China dapatkan maklumat MH370


Keluarga waris penumpang China MH370 melahirkan kekesalan di atas penolakan rayuan mereka mendapatkan maklumat mengenai pesawat malang itu dan mendakwa Australia bersekongkol dengan Malaysia menyembunyikan kebenaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2017.

BIRO Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menggunakan undang-undang negara itu agar menolak rayuan bagi mendapatkan maklumat tentang pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, memberi amaran kepada pekerjanya yang sebarang kebocoran akan mengakibatkan tindakan undang-undang.

Ketua Pesuruhjaya ATSB Greg Hood menggunakan undang-undang untuk menolak rayuan keluarga penumpang China MH370 yang ia mendapat permintaan Kebebasan Maklumat daripada The Australian, dengan keluarga mendakwa kegagalan berbuat demikian menjadikan Australia bersubahat dengan usaha melindungi kejadian sebenar sebagaimana kerajaan Malaysia.

Beberapa pegawai ATSB mempunyai keraguan mengenai pandangan agensi itu yang juruterbang MH370 tidak sedarkan diri atau mati pada saat akhir penerbangan, lapor akhbar itu.

Hood mengisytiharkan Akta Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan meliputi permintaan FOI bagi dokumen kritikal yang didakwa ATSB menyokong senario “penerbangan hantu” dan “death dive”, yang menyebabkan Boeing 777 terhempas tanpa pengemudi.

Teori ini ditolak juruterbang komersial dan penyiasat nahas udara antarabangsa yang percaya Kapten Zaharie Ahmad Shah melakukan rampasan pesawat sendiri dan menerbangkannya hingga ke saat akhir.

Dokumen yang dicari adalah pendapat pakar antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat dan agensi nahas udara British, Boeing, kumpulan aeroangkasa Thales dan satelit British Inmarsat, data satelit yang secara automatik mengesan perjalanan MH370.

ATSB berkata data satelit menunjukkan MH370 berada dalam keadaan menjunam tanpa juruterbang pada saat akhir, tetapi pakar seperti bekas kapten dan penyiasat kemalangan AS John Cox berkata data itu tidak cukup baik untuk mencapai kesimpulan tersebut.

Pengurus Besar ATSB bagi keupayaan strategik Colin McNamara pada Februari menolak permintaan asal FOI The Australian, mendakwa pembebasan maklumat boleh “menyebabkan kerosakan kepada hubungan antarabangsa komanwel”.

Persatuan yang mewakili keluarga 153 mangsa China yang terbabit ketika pesawat terhempas pada 8 Mac 2014, mengeluarkan kenyataan selepas The Australian melaporkan keputusan McNamara, mengatakan “kami bertindak balas dengan kemarahan dan kejengkelan yang teramat sangat”.

“Adakah mengelak daripada menyinggung perasaan pihak berkuasa Malaysia lebih penting daripada mencari kebenaran?” soal keluarga dalam kenyataan itu.

Penerbangan MH370 hilang dalam jadual penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang di atas kapal, dengan transponder radar dimatikan dan komunikasi radio terputus selepas kira-kira 40 minit.

Radar tentera dan data pengesanan satelit menunjukkan pesawat itu menyimpang kembali ke Malaysia menuju Laut Andaman, sebelum ke Lautan Hindi.

Pencarian menelan kos jutaan ringgit diketuai ATSB berdasarkan teori “juruterbang tidak responsif” gagal menemui bangkai pesawat dan digantung pada Januari.

Ia didedahkan tahun lepas yang FBI menemui maklumat Kapten Zaharie menjalani latihan penerbangan trek yang hampir sama pada simulator komputer rumah beliau, ATSB menyertai kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines yang ia membawa kepada teori rampasan “juruterbang penyangak”. – 17 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen