Kerajaan tak perlu campur tangan urusan Islam, kata Kassim

Updated one week ago · Published on 17 Apr 2017 11:00AM · By Melati A. Jalil · 0 comments

Kerajaan tak perlu campur tangan urusan Islam, kata Kassim
Kassim Ahmad turut mencadangkan Perlembagaan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai agama persekutuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2017.

KERAJAAN tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal agama, kata sarjana Islam Kassim Ahmad memandangkan cara ia ditadbir di Malaysia kini hanya membawa kepada konflik agama.

Terkenal dengan hujah agama yang kritikal, Kassim berkata Perlembagaan juga perlu dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai agama persekutuan.

Kassim bercakap daripada pengalaman. Pada Mac, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan tiga yang lain untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2015 yang penangkapan Kassim dengan Jawi pada 2014 tidak sah.

Perayu lain ialah menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Jamil Khir Baharom, ketua pendakwaan syariah bagi Jawi ketika itu Ibrahim Deris dan kerajaan Malaysia.

Jawi menyerbu rumah Kassim di Kulim dan kemudian dibawa ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan tengah malam.

Pada Mac 2015, Kassim didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya kerana menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

"Agama tidak ada kena mengena dengan pegawai kerajaan ... mereka hanya perlu mentadbir secara bersama dan adil," katanya yang kini berusia 83 tahun.

"Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu kepada The Malaysian Insight selepas menghadiri forum di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Kassim, yang dibebaskan pada 1981, menghabiskan masa hampir lima tahun di bawah ISA kerana menyuarakan pandangan politiknya.

Terdahulu pada forum berkenaan, Kassim berkata agama perlu ditadbir secara autonomi penganutnya sendiri, tidak seperti situasi sekarang di mana negeri yang mengawal Islam.

"Setiap penganut agama mempunyai kuasa autonomi, mereka perlu menguruskan diri mereka sendiri. Justeru, perkara pertama perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu secara drastik disemak semula menurut Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama.

"Umat Islam ... mereka secara autonominya menjaga hal agama mereka sendiri, penganut Buddha menjaga agama mereka sendiri, Kristian juga menjaga agama mereka sendiri," katanya.

Menurut beliau lagi, Piagam Madinah yang merangkumi toleransi agama, sesuai untuk masyarakat majmuk.

Ia digubal oleh Nabi Muhammad semasa pemerintahan beliau di Madinah bagi mentadbir hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.

"Oleh itu, tiada konflik agama. Di sini anda berhadapan dengannya setiap hari. Ada yang berdemonstrasi, memberi amaran kepada Nanyang Siang Pau," kata beliau merujuk kepada bantahan ahli PAS di pejabat akhbar berbahasa Cina minggu lepas.

Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar Cina itu berhubung kartun yang menggambarkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Spekar Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia sebagai monyet merujuk kepada pembentangan RUU355 atau pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

"Anda mengajar orang idea yang salah, idea yang sangat salah yang tidak sepatutnya dilakukan. Agama jelas mengatakan, berbuat baik dan dilarang berbuat salah," kata Kassim. – 17 April, 2017.

Load comments

Related Article

one day ago

Perlis mufti Asri Zainal Abidin raised questions on his Facebook page about whether cows, worshipped by Hindus, were more important than people. – Pic from DrMaza.com Facebook, April 24, 2017. After 'offending poem', Asri highlights assault against Muslim family in India over cows

one week ago

Governments have no business meddling in Islam, says scholar Kassim

one week ago

Zakir Naik willing to cooperate with India if on 'neutral ground'

about 3 weeks ago

Non-Muslims should not meddle in Islamic affairs, says Zahid


Latest from News

33 minutes ago

Annuar Musa tiba di ibu pejabat Mara pagi ini untuk memberi keterangan berhubung tuduhan beliau menyalahgunakan dana dan kuasa untuk tajaan pasukan bola sepak Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 25 April, 2017. Annuar tiba di ibu pejabat Mara bantu siasatan tajaan bola sepak Kelantan

59 minutes ago

Suspended chairman Annuar Musa arriving at the Mara headquarters today to assist an inquiry into the sponsorship of a football team. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, April 25, 2017. Annuar at Mara HQ to assist probe into Kelantan football sponsorship

about 2 hours ago

Amanah vice-president Dr Mujahid Yusof Rawa says PAS must be answerable to the voters if it allows Barisan Nasional to win the 14th general election. – The Malaysian Insight file pic, April 25, 2017. Who is PAS to tell us to stay away from its seats, PH leaders ask

about 2 hours ago

Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata Pakatan Harapan tidak membuat sebarang perjanjian dengan PAS menjadikan mereka bebas bertanding di mana pun pada PRU akan datang. – Gambar The Malaysian Insight, 25 April, 2017. Apa kuasa PAS suruh kita jauhi kerusinya, kata Pakatan Harapan

2 hours ago

Rancangan “Sukan Tak Sentral” yang dikatakan menghina mendiang bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek dihentikan serta-merta siarannya dan enam kru penerbitan digantung tugas. – Gambar Facebook, 25 April, 2017. ‘Sukan Tak Sentral’ tamat siaran, pengacara dipanggil polis

4 hours ago

PAS berkata Pakatan Harapan perlu mendengar pendirian parti Islam itu jika fokus utama mereka menewaskan Umno dan BN, bukannya mengganggu milik PAS. – Gambar The Malaysian Insight, 25 April, 2017. Amaran PAS pada bekas sekutu: Jangan dekati kerusi kami di PRU14


Comments


Sign up or sign in here to comment.