AHLI Jawatankuasa Kelab Golf Antarabangsa (SIGC) Seremban yang membuat keputusan mereka sendiri bahawa minuman keras tidak boleh dijual di kelab itu, kata Aminuddin Harun menafikan dakwaan beliau mengarahkan pengharaman minuman keras di kelab golf berkenaan.
Perkara itu dibincangkan oleh jawatankuasa SIGC sebanyak dua kali dan ahli bersetuju dengan perjanjian itu, lapor Sin Chew Daily.
Aminuddin menjawab soalan terhadap dakwaan menghalang penjualan minuman keras di kelab berusia 67 tahun itu selepas menjadi presiden sejak Ogos tahun lalu berdasarkan kedudukannya sebagai menteri besar.
Tuduhan terhadapnya dibuat di media sosial oleh ahli kelab.
Padang golf kelab itu dimiliki oleh kerajaan negeri manakala kemudahan kelab dan sukan milik ahli kelab.
Difahamkan jawatankuasa SIGC memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM) mengenai isu itu pada Ahad ini.
Bernama semalam melaporkan Aminuddin menggugut untuk meletakkan jawatan sebagai presiden kelab sekiranya SIGC tidak menghentikan penjualan alkohol.
Beliau berkata, ia bercanggah dengan peranannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Tindakan Islam Negeri. – 21 Mac, 2019.
Komen