KEKECOHAN antara ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional berkenaan Noh Omar yang digantung selama dari persidangan Dewan Rakyat selama tiga hari berakhir apabila Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon menangguhkan sidang untuk memberi laluan waktu rehat tengah hari.
Suasana kecoh di Dewan Rakyat hari ini disaksikan Speaker Singapura Tan Chuan Jin dan delegasinya sempena lawatan mereka ke Parlimen.
Kekecohan bermula apabila Noh (BN-Tanjung Karang) mempersoalkan keputusan Timbalan Speaker Nga Kor Ming yang menggantungnya dari sidang Dewan selama tiga hari, yang dibuat ketika beliau tiada dalam Dewan.
Sebaik sahaja mahu membuka mulut, Noh dimaklumkan oleh Rashid yang beliau digantung dari persidangan dan dikehendaki keluar Dewan dengan serta-merta.
“Macam mana saya boleh digantung sedangkan saya tak ada dalam Dewan?” balas Noh, sambil diperhatikan delegasi parlimen Singapura.
“Pernahkah speaker Singapura gantung ahli Parlimen yang tiada dalam dewan?” soalnya.
Pada ketika ini, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) terus bangun dan membacakan peraturan mesyuarat, menekankan bahawa keputusan speaker dalam Dewan adalah muktamad.
Sejurus itu, Ahmad Maslan (BN-Pontian) pula terus bangun lalu memekik: “Gelang Patah (bekas Parlimen Lim Kit Siang) pun pernah buat sebelum ini.” – 19 Mac, 2019.
Komen