Azmi Sharom timbalan pengerusi SPR baharu


Pensyarah UM Azmi Sharom dilantik sebagai timbalan pengerusi SPR bersama empat lagi ahli baharu berkuat kuasa serta-merta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Februari, 2019.

PENSYARAH dan juga pakar perlembagaan Azmi Sharom dilantik sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama empat lagi ahli baharu, umum ketua setiausaha negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pelantikan Azmi, yang juga pensyarah Universiti Malaysia, selain ahli baharu SPR iaitu Ketua Setiausaha Menteri Luar Ramli Ibrahim, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Chin Phaik Yoong, pensyarah Faizal Hazis dan pegawai Bersih 2.0 Zoe Randhawa.

Pelantikan mereka berkuat kuasa serta-merta, kata Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan.

Pelantikan itu akan mengisi kekosongan di mana enam ahli SPRM sebelum ini meletak jawatan pada tahun lalu susulan pengumuman Putrajaya menubuhkan satu tribunal pada 17 Oktober untuk memohon penyingkiran mereka atas tuduhan salah laku ketika PRU14.

SPRM pada masa ini dipengerusikan oleh Azhar Azizan Harun. – 14 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen