[VIDEO] Kekal menang 3 negeri, PH-BN menang majoriti mudah Selangor, PN sapu bersih Terengganu


Jeremy Seng Hasmizar Hassan Sumardi Susilo Kamal Ariffin

PAKATAN Harapan dan Perikatan Nasional mengekalkan 3 negeri masing-masing dengan Pakatan-BN membentuk kerajaan majoriti mudah di Selangor sekurang-kurangnya 32 kerusi.

Pakatan-BN mengekalkan kemenangan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan DAP menang semua kerusi yang ditandingi.

Pakatan BN menang dua pertiga dengan 29 kerusi dengan dua daripada kerusi BN, manakala PN menang 11 kerusi.

Negeri 9 pula, Pakatan-BN menang 28 kerusi dengan 12 daripada BN. PN hanya menang 4 kerusi.

Sementara itu, Perikatan Nasional umum sapu bersih kerusi DUN Terengganu mengulangi keputusan menang semua kerusi Parlimen negeri itu dalam PRU15 lalu.

PAS menang 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menang satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu. – 13 Ogos 2023.


Sign up or sign in here to comment.


Comments