[VIDEO] Sanusi mengaku tidak bersalah tuduhan menghasut


Hasmizar Hassan

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Berkemeja putih dan berseluar hitam, pemimpin PN itu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Beliau memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang. – 18 Julai 2023.


Sign up or sign in here to comment.


Comments