[VIDEO] Apa jaminan Najib tak lari? Soal Kit Siang


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

VETERAN DAP Lim Kit Siang mempersoalkan layanan istimewa terhadap Najib Razak dibenarkan ke luar negara walaupun disabitkan kesalahan jenayah.

Beliau juga berkata tiada jaminan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak akan melarikan diri selepas pasportnya dikembalikan sementara oleh mahkamah.

Malah tindakan kerajaan di anggap pilih kasih kerana rakannya Tony Pua dihalang meninggalkan negara ke Indonesia pada 2015 walaupun pasportnya masih sah hingga 2020.

Mahkamah Rayuan pada Isnin membenarkan Najib melakukan perjalanan ke Singapura untuk menziarahi anak perempuannya Nooryana Najwa. – 20 Oktober, 2021.


Sign up or sign in here to comment.


Comments