ZURAIDA Kamaruddin hari ini mengumumkan ini penggal terakhirnya sebagai ketua Wanita PKR.
Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata tidak akan menyambung lagi perkhidmatan sebagai ketua Wanita dan menamakan timbalannya Haniza Talha sebagai pengganti.
“Sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan tugas ketua Wanita kepada timbalan saya, Haniza Talha untuk meneruskan perjuangan parti.
“Saya yakin Haniza akan memberi nafas baharu kepada sayap ini. Saya menggesa semua perwakilan menyokong Haniza untuk meneruskan perjuangan kita,” katanya dalam ucapan dasar di kongres Wanita PKR di Petaling Jaya, hari ini. – 20 Mei, 2017.
Comments