Adun tidak hadir majlis angkat sumpah gabenor perlu merayu peruntukkan, kata Rashid Haron


Looi Sue-Chern

AHLI dewan undangan negeri dan parlimen di Pulau Pinang yang tidak hadir ke masjlis angkat sumpah gabenor Pulau Pinang bulan lepas boleh merayu kepada Pejabat Ketua Menteri untuk pemberian peruntukkan kawasan mereka.

Duit itu tidak dimasukkan ke dalam akaun perwakilan tetapi ditahan kata Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Haron.

“Dana itu perlu dimohon dari pejabat KM melalui rayuan.

“Hanya adun yang tidak hadir ke majlis itu disebabkan mereka berada di luar negara atas urusan rasmi atau diberikan kebenaran khas, dikecualikan daripada menghadiri majlis itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa orang adun dari PKR, DAP dan Umno tidak menghadiri majlis angkat sumpah gabenor pada 29 April lalu.

Adun Penanti dari PKR Dr Norlela Ariffin baru-baru ini menulis di Facebooknya mengeluh mengenai dananya dibekukan kerana tidak menghadiri majlis tersebut, yang menurutnya bertembung dengan konvensyen PKR negeri.

Rashid menjelaskan yang situasi itu tidak sepertimana yang didakwa Dr Norlela, tetapi adun yang terkesan masih perlu menghantar rayuan kepada pejabat KM supaya dana itu disalurkan.

Setiap adun menerima peruntukan tahunan sebanyak RM200,000. Jumlah itu diberikan sebanyak empat kali setahun, berjumlah RM50,000 setiap suku tahun.

“Ini juga ialah pemberian peruntukkan untuk suku tahun ketiga. Kami tidak menyekat peruntukkan bajet,” katanya.

Rashid berkata PKR Pulau Pinang juga menulis kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta pengecualian untuk wakil rakyatnya, yang tidak menghadiri majlis angkat sumpah itu kerana konvensyen parti.

“Ini hanyalah salah faham di peringkat program parti. Ia juga ada kaitan dengan penekanan kerajaan negeri tentang kepentingan kehadiran wakil rakyat di acara negeri.

“Tetapi kami harap dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan membetulkan salah faham supaya kita dapat terus memajukan Pulau Pinang.” – 18 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments