SPEAKER Pandikar Amin menunding jari kepada pembangkang kerana gagal mewujudkan Kabinet bayangan bagi membantu sesi sidang Dewan Rakyat dilakukan dalam masa yang singkat.
“Parlimen luar negara ada Kabinet bayangan kerana tanpanya, masa untuk perbahasan tidak akan mencukupi. Malah kalau kita bersidang sampai 300 hari pun tidak akan cukup,” katanya semasa ditemui media di Shah Alam hari ini.
Pandikar berkata demikian susulan saranan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Dewan Negara dan Rakyat tidak mengadakan persidangan terlalu lewat melangkaui masa rehat hingga jam 12 malam.
Parlimen di bawah kendalian Pandikar dilihat sering kali bersidang hingga lewat pagi.
Terakhir pada persidangan Mac lepas, ia ia berlangsung lebih 20 jam semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017.
Beliau berkata kebanyakan hujah ahli Parlimen pembangkang sering berulang.
“Di Malaysia luar biasa. Semua Yang Berhormat mahu bercakap. Sesetengahnya memberi hujah yang sama.
Katanya lagi, jika Kabinet bayangan wujud maka hujah hanya akan dilakukan ahli Parlimen yang memegang portfolio dan dilihat mampu menjimatkan masa.
“Mereka cakap masa tidak cukup, kalau benar mengapa bertengkar sehingga satu hingga dua jam mengenai peraturan dewan mesyuarat? Adakah itu demokrasi,” soalnya. β 13 Mei, 2017.
Comments