SUDAH terlewat. Itulah yang boleh digambarkan bagi tindakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kewangan II Johari Ghani untuk mengawal kesan keputusan kerajaan membatalkan kontrak membangunkan Bandar Malaysia.
Pada mesyuarat kakitangan di Kementerian Dalam Negeri minggu ini, Zahid melindungi Perdana Menteri Najib Razak daripada terlibat dalam keputusan pembatan urus niaga susulan ketidakupayaan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd (ICSB) memenuhi obligasi kewangannya.
Katanya, lembaga pengarah pemilik tanah TRX City Sdn Bhd membuat keputusan semata-mata sebab perniagaan dan untuk mengurangkan kehilangan peluang disebabkan kegagalan pembeli membayar pada masanya.
Zahid sebahagiannya betul.
Ya, ia adalah pengarah TRX City yang menandatangani keputusan membatalkan kontrak RM7.41 bilion tetapi hanya selepas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah berunding dengan bosnya di Kementerian Kewangan, Najib.
Tiada kakitangan awam, tidak kira bagaimana kuat atau kanan, berani bergerak secara unilateral bagi menghalang urus niaga melibatkan syarikat dari China.
CREC atau China Railway Engineering Corporation memiliki 60% daripada ICSB, dengan bakinya oleh pemaju Johor Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.
The Malaysian Insight difahamkan oleh sumber yang mempunyai kedudukan penting, Menteri Kewangan dimaklumkan selepas pegawai Kementerian Kewangan memberi amaran mengenai pelanggaran konsortium itu.
Hanya sekumpulan kecil pegawai kerajaan dan Najib mengetahui keputusan dibuat untuk membatalkan kontrak antara TRX City dan IWH-CREC.
Tidak semua ahli Jawatankuasa Budiman – yang ditubuhkan kerajaan pada 2015 untuk mengawasi pelaksanaan rasionalisasi dijalankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelesaikan hutangnya – dimaklumkan mengenai keputusan menamatkan perjanjian dengan konsortium itu.
Sekali lagi, ia bukan keputusan yang dibuat kakitangan awam. Ia memandangkan sebab utama mengapa Bandar Malaysia dijual adalah untuk mengurangkan hutang 1MDB.
Apa yang Zahid katakan juga bertentangan dengan aliran semua maklumat daripada Putrajaya sejak ia menjadi tanda tanya besar mengenai keupayaan IWH-CREC melaksanakan semua tanggungjawab mereka.
Pada peringkat awal, terdapat rancangan bernilai jutaan ringgit bagi memaklumkan pencapaian Bandar Malaysia pada 3 Mei, dengan beberapa ribu orang dijangka menghadiri majlis itu.
Kemudian, ia dikurangkan dengan banyak dan akhirnya dibatalkan.
Dalam satu kenyataan kepada media semalam, Johari berkata Jawatankuasa Budiman dibubarkan selepas ia melaksanakan beberapa fungsi berkaitan rasionalisasi 1MDB, termasuk proses pembidaan antarabangsa berkaitan Bandar Malaysia.
Beliau menawarkan naratif ini bagi membidas laporan yang mengatakan jawatankuasa itu dibubarkan sebagai kesan keputusan kerajaan membatalkan urus niaga IWH-CREC.
Berikut adalah perkara membingungkan dengan naratif diberikan menteri: Pembidaan baru mungkin ditawarkan untuk membangunkan Bandar Malaysia, ia cukup jelas pelan utama rasionalisasi 1MDB masih belum selesai.
Justeru, ia menampakkan Jawatankuasa Budiman dibubarkan kerana Kementerian Kewangan inginkan kawalan dan pengawasan lebih besar ke atas proses mencari pemaju induk baru bagi projek Bandar Malaysia.
Kerajaan tidak mahu mengulangi masalah yang berlaku dengan IWH-CREC. – 13 Mei, 2017.
Comments