Banyak syarikat China minat dengan Bandar Malaysia walau urus niaga digugurkan


The Malaysian Insight

Perdana Menteri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China pada 12 Mei 2017 bagi menghadiri Belt and Road Forum for International Cooperation dari 11 hingga 15 Mei ini. – Gambar EPA, 13 Mei, 2017.

BEBERAPA syarikat China akan membida projek bernilai kira-kira AS$7 bilion dalam Bandar Malaysia apabila mereka bertemu Perdana Menteri Najib Razak di Beijing pada hujung minggu ini, beberapa hari selepas Putrajaya membatalkan penjualan saham awal kepada satu konsortium China-Malaysia.

Walaupun tiada perkara menarik diharapkan Putrajaya berlaku di Beijing, Najib akan memberi isyarat yang kerajaan cenderung kepada Dalian Wanda sebagai pemaju utama pembangunan 197 hektar Bandar Malaysia.

“Terdapat banyak minat dan penilaian baru adalah kira-kira AS$7 bilion bagi keseluruhan pembangunan lebih dua kali ganda daripada harga pada 2015,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Najib bakal diiringi beberapa menteri utama semasa bertemu bos atasan Dalian Wanda pada hujung minggu di Beijing di mana beliau menghadiri Belt and Road Forum for International Cooperation pada 14 dan 15 Mei, kata sumber.

Perdana menteri juga merupakan salah satu daripada beberapa pemimpin yang dipilih yang akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden China, Xi Jinping untuk mengkaji semula kerjasama dalam hal ehwal serantau dan ekonomi.

The Malaysian Insight difahamkan Dalian Wanda akan menjadi pelabur utama membangunkan Bandar Malaysia manakala China Rail Engineering Corporation (CREC) dijangka mendapatkan projek stesen kereta api laju.

CREC adalah pemegang saham 60% daripada IWH-CREC Sdn Bhd (ICSB) dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), yang menyaksikan tawaran jual beli saham ditamatkan oleh Kementerian Malaysia Kewangan (MoF) kerana tidak membayar.

Sumber berkata, tindakan memintas sektor swasta dan syarikat milik kerajaan bagi pembangunan Bandar Malaysia boleh diterima oleh Beijing, yang memutuskan semua urus niaga antarabangsa.

Beberapa pegawai kanan dalam pentadbiran Najib yang sedang membuat jadual bagi garis masa Request For Proposal (RFP) sehingga tempoh tiga bulan.

Singapore Straits Times melaporkan Dalian Wanda mendahului persaingan bagi memperoleh urus niaga yang dinilai lebih tinggi berbandingan penilaian 2015 sebanyak RM12.35 bilion.

Pada urus niaga 31 Disember 2015, ICSB bersetuju membayar RM7.41 bilion bagi 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia tetapi pembelian ditamatkan walaupun diberikan 12 kali diberi penangguhan. Putrajaya menggembalikan deposit RM741 juta ICSB menggunakan cek pada 9 Mei.

Dan dalam beberapa hari lalu, bos IWH, Lim Kang Hoo dan konsortium ICSB menerima keputusan kerajaan penamatan urus niaga tidak boleh ditarik balik, membuka jalan kepada rakan kongsi baru.

Urus niaga segera untuk membangunkan Bandar Malaysia juga penting bagi Putrajaya untuk merasionalisasikan hutang pemilik asal projek 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM42 bilion tanpa mempunyai cara membayar balik.

Najib menjadikan China rakan kongsi pilihan bagi urus niaga kereta api dan pelabuhan, dan ini merupakan lawatan ketujuh beliau ke sana sejak memegang jawatan itu pada 2009. Bapa beliau pula, perdana menteri Malaysia kedua, Abdul Razak Hussein menjalin hubungan dengan China pada 1974. – 13 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments