AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon dilucutkan kelayakan sebagai Adun dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, kerana mendapatkan kewarganegaraan Australia sebelum ini. Situasi ini membuka jalan kepada pilihan raya kecil untuk kerusi Pujut.
Sebab lain yang diberikan untuk penarikan kelayakan Ting ialah dia pernah mendaftarkan dirinya sebagai pengundi di Australia dan dua kali diisytiharkan muflis ketika tinggal di sana.
Tin melanggar Artikel 17 (1) (G) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan seseorang tidak layak daripada dipilih menjadi ahli dewan undangan negeri sekiranya dia pernah, antara lain, secara sukarela mendapatkan kewarganegaraan atau menggunakan hak warganegara di mana-mana negara di luar persekutuan atau telah mengisytiharkan taat setia kepada mana-mana negara di luar persekutuan.
Tujuh belas wakil rakyat BN mengundi menyokong pelucutan kelayakannya berbanding 10 wakil rakyat pembangkang yang menentang
Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan pelucutan itu sebagai “tindakan kekerasan” dilakukan BN yang memerintah. Pelucutan itu berkuat kuasa serta merta.
Chong yang juga merupakan Adun Kota Sentosa, berkata Tin kini menjadi wakil rakyat Malaysia pertama yang dilucutkan kelayakan melalui perundangan.
Pembangkang kini bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Pujut dan Chong berkata yang parti itu kini sedang mengkaji pelbagai aspek perundangan mengenai keputusan hari ini dan akan melihat sekiranya ia boleh dicabar di mahkamah.
Sebelum itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Coomerce Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan Ting menggunakan beberapa Perintah Tetapi dewan undangan negeri serta Artikel 17 (1) (G) dan 19 Perlembagaan Sarawak.
Untuk menyokong dakwaanya, Wong, yang juga merupakan ketua pro-BN Part Bersatu Rakyat (UPP) yang kalah di kerusi Pujut dalam pilihan raya negeri lepas, mengatakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Salleh dalam jawapan kepada soalannya mengatakan Ting ialah warganegara Australia pada 20 Jan 2012 tetapi membubarkan kerakyataannya pada 4 April tahun lepas.
Wong menyifatkan Ting sebagai “orang yang tidak layak dan tidak boleh dipercayai untuk menjadi ahli dewan undangan negeri”.
Tindakan untuk melucutkan kelayakan Ting mencetuskan perdebatan hangat antara Chong yang berhujah bukti Wong “tidak akan diterima di mahkamah” kerana ia hanyalah “cetakan dari Internet” dan bukanlah dokumen undang-undang yang sah dari Kerajaan Australia.
Kata Chong lagi, kerana itu semua bukti hanya khabar angin dan pemalsuan untuk merosakkan reputasi Ting.
Ting juga berkata yang Wong menabur fitnah dan mencabarnya untuk mengulangi dakwaan yang dia muflis di luar dewan undangan negeri.
Pada Disember tahun lepas, Ting terselamat daripada cabaran yang dikemukan calon UPP dan BN yang kalah, Hii King Chiong, untuk melucutkannya dengan membatalkan keputusan kerusi dewan undangan negeri Pujut.
Hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran N Paramaguru menolak petisyen Hii kerana ia gagal menetapkan peruntukan undang-undang bagi membolehkan kes itu didengari kerana Hii gagal meletakkan deposit RM10,000 dan tiga salinan petisyen dengan pendaftar Suruhanjaya Pilihanraya sepertimana diperlukan di bawah Peraturan 3 Peraturan Pilihan raya 1954.
“Mereka tidak boleh melucutkan kelayakan Ting di mahkamah jadi mereka (BN) membawa kes ini ke dewan undangan negeri di mana mereka menggunakan kekerasan dan kuasa mereka untuk melucutkan kelayakannya,” kata Chong.
BN mempunyai majoriti dua pertiga dalam dewan undangan negeri Sarawak. – 12 Mei, 2017.
Comments