Najib sokong keputusan Hadi


Diyana Ibrahim

Umno setuju dengan tindakan PAS sahkan putus kerjasama dengan PKR hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Mei, 2017.

Najib Razak hari ini bersetuju dengan pendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mahu mendahulukan kepentingan rakyat dan mengenepikan perbezaan politik.

Sokongan perdana menteri dan juga presiden Umno itu dilahirkan setelah PAS mengumumkan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR hari ini.

Berucap sempena sambutan ulang tahun Umno ke 71, Najib turut berkata beliau juga mengetahui tentang pembatalan tahaluf siyasi antara dua parti hari ini.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS walau kita berbeza pendapat tapi mesti bersatu demi kepentingan rakyat,” katanya di hadapan kira- kira 70, 000 ahli Umno yang hadiri di Stadium Bukit Jalil. – 11 Mei, 2017

 


Sign up or sign in here to comment.


Comments