Rakyat jangan terpengaruh ekstremisme, kata Najib


Diyana Ibrahim

Perdana Menteri Najib Razak menggesa rakyat bekerjasama dengan kerajaan bagi mengekang fahaman ekstremisme ketika berucap di Tokong Samadhi Vihara, Shah Alam hari ini pada Majlis Minum Petang sempena sambutan Hari Wesak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Mei, 2017.

PERDANA Menteri Najib Razak mahu masyarakat menolak fahaman ekstremis agar Malaysia dapat mengekalkan statusnya sebagai negara yang aman tanpa keganasan.

Beliau berkata Malaysia terkenal dengan keamanan tidak seperti negara lain yang berdepan pergolakan kaum dan agama.

“Kita kena pastikan ekstremis tidak mempengaruhi kita dalam apa juga cara,” katanya di Tokong Samadhi Vihara, Shah Alam hari ini pada Majlis Minum Petang sempena sambutan Hari Wesak.

Tambah Najib, gejala ekstremis tidak hanya wujud di kalangan orang Islam namun ia turut membabitkan agama lain.

“Ada ekstremis di kalangan kita beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian namun biarlah ia hanya sebilangan kecil saja.”

Justeru, perdana menteri menyeru kerjasama orang ramai untuk mengekang fahaman ekstremis daripada terus menular.

“Saya tidak mampu melakukannya seorang diri, kerajaan juga tidak boleh, masyarakat tidak boleh bersendirian tetapi bersama-sama kita boleh lakukannya.” – 10 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments