RAMPASAN kuasa yang berlaku di Perak pada 2009 tidak akan berlaku di Selangor, sekurang-kurangnya itulah kesimpulan yang boleh diambil daripada pungutan suara 42 wakil rakyat.
Wakil rakyat Ijok Idris Ahmad berkata, walaupun ditawarkan RM10 juta, beliau akan terus setia kepada Pakatan Harapan (PH).
Pungutan suara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PH dan PAS dijalankan The Malaysian Insight berikutan spekulasi kerajaan negeri Selangor akan jatuh, susulan beberapa wakil rakyat lompat parti ke Barisan Nasional (BN).
Sumber spekulasi tidak jelas tetapi ia bermula selepas pemimpin PAS memberi isyarat akan hasrat mereka pada kongres parti itu hujung minggu lalu untuk menamatkan hubungan dengan PKR.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menguatkan khabar mengenai rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri dengan mengatakan segalanya berkemungkinan.
Pada masa ini, kerajaan Selangor terdiri daripada 29 Adun PH dan 13 wakil PAS. Kerusi selebihnya, 11 dipegang BN dan dua wakil bebas. Kerusi Sungai Air Tawar kosong berikutan kematian wakil rakyat BN Kamarol Zaki Abdul Malik.
Bagi menjatuhkan Selangor, semua Adun PAS dan tiga lagi daripada PH perlu menyertai BN.
Pasukan The Malaysian Insight menelefon atau menghantar mesej kepada 41 Adun kerajaan Selangor untuk bertanya sama ada mereka akan melompat parti.
Balasan 12 daripada 14 wakil DAP dan 10 daripada 12 wakil PKR diterima. Empat daripada 13 wakil PAS dan satu daripada dua wakil Amanah turut memberi respons.
Berikut adalah senarai mereka yang dihubungi The Malaysian Insight dan jawapan mereka:
PAS (13)
- Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang): Saya akan bersama PAS dan kerajaan negeri.
- Noor Hanim Ismail (Sri Serdang): Saya menyokong Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ... bukan PH yang tidak diiktiraf di Selangor.
- Hasbullah Mohd Ridzwan (Gombak Setia, PAS): Dengan rahmat Allah, saya akan tetap berpegang dengan PAS dan menyokong kerajaan negeri.
- Dr Abdul Rani Osman (Meru, PAS): Tidak, saya tidak akan pergi parti.
- Iskandar Samad (Chempaka, PAS): Tiada balasan.
- Khairuddin Othman (Paya Jaras, PAS): Tiada balasan.
- Sallehen Mukhyi (Sabak, PAS): Tiada balasan.
- Zaidy Abdul Talib (Taman Templer, PAS): Tiada balasan.
- Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya): Tiada balasan.
- Razaly Hassan (Dusun Tua): Tiada balasan.
- Shafie Ngah (Bangi): Tiada balasan.
- Dr Halimah Ali (Selat Kelang): Tiada balasan.
- Mohd Haslin Hassan (Tanjung Sepat): Tiada balasan.
PKR (12)
- Amirudin Shari (Batu Caves): Tidak, saya akan kekal (dengan kerajaan sekarang) dan saya yakin PAS, PKR, Amanah dan DAP mahu melakukan perkara yang sama.
- Yaakob Sapari (Kota Anggerik): Saya diberi mandat oleh pengundi untuk bersama dengan kerajaan yang dipimpin Azmin Ali.
- Elizabeth Wong (Bukit Lanjan): Tidak, saya tidak akan berhenti kerajaan Selangor.
- Nik Nazmi Nik Ahmad (Sri Setia): Saya akan terus berkhidmat dengan pentadbiran negeri semasa.
- Mat Shuhaimi Shafiei (Sri Muda): Ia tidak akan berlaku kerana setakat yang saya tahu, semua Adun PH di Selangor setia kepada kepimpinan menteri besar. Isu perpecahan tidak timbul.
- Idris Ahmad (Ijok): Jika orang mengenali saya, mereka akan tahu saya tidak akan meninggalkan kerajaan campuran ini. Saya tidak akan meninggalkan PH walaupun mereka menawarkan saya RM10 juta atau jika PH kalah pada pilihan raya akan datang.
- Haniza Mohamed Talha (Taman Medan): Semuanya normal dan kami menjalankan kerja kami. Mengapa saya perlu meninggalkan apabila segala-galanya baik dan rakyat suka dan bersetuju dengan apa yang dilakukan kerajaan?
- Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas): Saya tidak akan berbuat apa-apa seperti itu. Kami adalah kerajaan yang memerintah. Mengapa saya perlu melakukan perkara lain? Saya rasa anda semua terlalu berspekulasi.
- Gan Pei Nei (Rawang): Tidak, saya tidak akan melakukannya.
- Rodziah Ismail (Batu Tiga): Saya akan kekal dalam PKR, saya tidak akan berubah. Ia hanya permainan politik. Saya akan bersama PH dan tiada gunanya melompat parti.
- Daroyah Alwi (Sementa): Tiada balasan.
- Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang): Seorang pembantu peribadi memberitahu beliau berada di luar negara.
Amanah (2)
- Saari Sungib (Hulu Kelang, Amanah): Saya kekal dengan PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah. Menyelamatkan Malaysia dan menyelamatkan Selangor.
- Hasnul Baharuddin (Morib): Tiada balasan.
DAP (14)
- Lau Weng San (Kg Tunku): Tidak beralih parti.
- V Ganabatirau (Kota Alam Shah): Saya tidak akan meninggalkan DAP dalam apa jua keadaan.
- Tan Pok Shyong (Pandamaran): Saya penyokong sebenar DAP. Saya tidak akan meninggalkan parti itu walau apa pun.
- Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru). Tidak, saya tidak akan meninggalkan. Tiada apa-apa yang saya mahu katakan lagi.
- Yeo Bee Yin (Damansara Utama): Persoalan menukar pihak tidak timbul sama sekali. Saya bersama DAP dan menyokong sepenuhnya kerajaan Selangor yang ada.
- Tiew Way Keng (Teratai): Sudah pasti tidak. Saya tidak tahu apa yang BN cuba lakukan dengan mewujudkan kekeliruan ini.
- Hannah Yeoh (Subang Jaya): Tak wujud perkara seperti itu. Pihak itu tidak dapat menamakan seorang pun pemimpin pembangkang di Selangor, bagaimana mereka hendak membentuk kerajaan di Selangor?
- Ng Swee Lim (Sekinchan): Jelas sekali, saya tidak akan berpaling arah kepada pihak itu.
- Ng Sze Han (Kinrara): Tidak mungkin. Saya akan sentiasa kekal bersama DAP. Dan saya yakin rakan saya juga tidak akan berpaling.
- Ng Tien Chee (Balakong): Tidak, saya tidak akan melakukannya. Saya fikir ia hanya sebahagian daripada helah BN dan Hadi untuk mengelirukan orang ramai dan memberi gambaran Selangor dan Pakatan tidak stabil.
- Lai Nyuk Lan (Sg Pelek): Tidak, saya tidak akan melompat. Saya tidak mempunyai isu dengan kerajaan sekarang.
- Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing): Tidak akan menukar parti.
- Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan): Tiada balasan.
- Teng Chang Khim (Sg Pinang): Tiada balasan.
Hakikatnya, beberapa wakil rakyat yang tidak membalas panggilan atau SMS tidak boleh diambil sebagai petunjuk di pihak mana mereka menyokong. Tujuh Adun PAS adalah sebahagian daripada yang hadir di lapangan terbang pada Jumaat bagi menyambut Azmin.
Beberapa Adun percaya ia satu pembaziran masa dan usaha untuk menjawab semua khabar angin yang dimula dan disuburkan oleh BN. – 9 Mei, 2017.
Comments