Gesaan halang RUU355 masuk ke Malaysia Timur


Sheridan Mahavera

Jika RUU355 diluluskan, kesannya akan dirasai juga di Malaysia Timur kerana ia meminda undang-undang peringkat persekutuan yang digunakan di seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mei, 2017.

BEBERAPA rakyat Malaysia Timur terkemuka yang prihatin di Malaysia Timur mengiatkan kempen menentang rang undang-undang Parlimen kontroversi bagi meningkatkan hukuman kesalahan Syariah melalui advertorial yang disasarkan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Advertorial, berbentuk surat terbuka dalam empat bahasa, bertujuan membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia Timur kemungkinan satu hari nanti rang undang-undang yang lebih dikenali “RUU355” memasuki negeri mereka, walaupun para pendukung utamanya mendakwa ia hanya melibatkan orang Islam di Semenanjung.

RUU355 adalah rang undang-undang persendirian ditaja parti Islam PAS untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi orang Islam yang melakukan kesalahan Syariah seperti minum arak dan berzina.

Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 atau Akta 355. Ia menaikkan penalti Syariah penjara tahun tiga, denda RM5,000 dan enam sebatan.

PAS mahu had dikeluarkan dan digantikan dengan hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan menurut kaedah Syariah.

Seorang daripada penaja advertorial, Johan Ariffin Abdul Samad berkata RUU355 adalah cubaan terbaru ahli politik tertentu di Semenanjung untuk mengenakan jenama Islam mereka di Malaysia Timur.

Ia adalah pelanggaran terkini Perjanjian Malaysia 1963 di mana Sabah dan Sarawak dijamin kebebasan beragama semasa pertukaran untuk membentuk persekutuan, kata bekas eksekutif industri minyak itu.

“Bukan sahaja Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan sebagai sebuah persekutuan sekular dengan Islam sebagai “agama Persekutuan” memainkan peranan peristidiatan, tetapi yang lebih penting lagi, Sabah dan Sarawak, yang tidak pernah merupakan sebahagian dari ‘Negeri-Negeri Melayu’, amat berbangga dengan warisannya dalam  kepelbagaian etnik dan agama,” tulis kenyataan dalam iklan bertajuk “Demi Malaysia, Tolak RUU355” itu.

Jika rang undang-undang itu diluluskan, kata Johan Ariffin, kesannya akan dirasai juga di Malaysia Timur kerana ia meminda undang-undang peringkat persekutuan yang digunakan di seluruh negara.

“Ramai orang luar bandar (di Malaysia Timur) masih tidak memahami atau sedar rang undang-undang ini boleh memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak, walaupun PAS berkata ia hanya untuk Kelantan,” kata Johan Ariffin memberitahu The Malaysian Insight.

Propaganda RUU355 tidak akan mempengaruhi orang bukan Islam adalah menyesatkan dan tidak jujur. Apabila timbul persoalan sama ada seseorang itu orang Muslim atau tidak, mahkamah sivil telah melepaskan kuasa penghakiman ke tangan Mahkamah Syariah,” kata advertorial itu.

Ia juga berhujah jika pindaan diluluskan, akan memberi mahkamah Syariah kuasa mengenakan hukuman yang sama dengan Mahkamah Sesyen konvensional.

Apabila jenayah berat seperti merompak hanya boleh dihukum oleh Mahkamah Sesyen dengan hukuman maksimum 14 tahun penjara dan denda atau sebat, apa jenis salah laku bersifat agama oleh orang Muslim yang harus dihukum dengan 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan?” kata perenggan yang lain.

Ke mana perginya prinsip perkadaran yang amat penting dalam keadilan jenayah?”

Walaupun di Kelantan yang diperintah PAS, Johan Ariffin berkata, undang-undang diluluskan bagi umat Islam seperti pengasingan jantina di pasar raya dan salun rambut turut menjejaskan penganut bukan Islam.

Johan Ariffin berkata, bertentangan dengan jaminan para pendukungnya, rang undang-undang itu adalah satu cara untuk memperkenalkan hudud (Kanun Keseksaan Islam) melalui pintu belakang.

Advertorial itu dicetak dalam akhbar dan disiarkan di laman sesawang dalam empat bahasa yang secara meluas digunakan di Malaysia Timur – Kadazan, Iban, Bahasa Malaysia dan Inggeris.

RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lalu. Namun perbahasannya ditangguhkan hingga persidangan Dewan Rakyat akan datang pada akhir Julai.

Walaupun Johan Ariffin ahli kumpulan bekas penjawat awam Melayu terkenal G25, beliau berkata pihak penaja kempen ini kebanyakannya rakyat Malaysia Timur. G25 juga menentang RUU355.

Johan Ariffin juga adalah bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah, syarikat berkaitan kerajaan negeri. Beliau banyak menulis mengenai RUU 355 dalam akhbar tempatan Sabah, Daily Express.

“RUU355 tidak mewakili Malaysia yang saya cintai. Saya berasa perlu keluar dan berkata sesuatu mengenainya.

“Tidak pernah ada sebarang ketegangan mengenai agama di Malaysia Timur, kami mahu ia kekal begitu dan tiada paksaan dalam pengabdian kami.” – 7 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments