Rancangan bercita-cita tinggi untuk membangunkan hartanah terbesar Malaysia serta pada masa yang sama mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) gagal terlaksana.
Hari ini, Putrajaya mengumumkan yang ia sedang mencari pelabur baru untuk Bandar Malaysia selepas konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal membayar RM7.42 bilion untuk pegangan saham 60 peratus walaupun beberapa kali penangguhan diberikan sejak Disember 2015.
Penangguhan terakhir tamat pada Ahad, 30 April, kata TRX City Sdn Bhd di Putrajaya, yang merupakan syarikat Kementerian Kewangan (MoF) yang memgambil alih Bandar Malaysia daripada syarikat sarat hutang 1MDB.
The Malaysian Insight difahamkan yang pembatalan perjanjian itu kini membolehkan Putrajaya mencari pihak lain yang berminat menggunakan harga semasa berbanding harga 2015, dan bergerak ke arah pembayaran sepenuhnya hutang 1MDB dan melindungi kepentingan negara melalui pemilikan penuh hartanah itu.
“TRX City Sdn Bhd mahu mengumumkan yang Perjanjian Perkongsian Jualan (SSA) yang dimeterai pada 31 Disember 2015 antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) berkenaan penjualan pemilikan sebanyak 60% dan pembayaran kapital Bandar Malaysia Sdn Bhd tidak lagi dapat dipenuhi.
”Walaupun perjanjian itu melalui penangguhan berulang kali, IWH CREC tidak mampu memenuhi tanggungjawab sepertimana digariskan dalam Persetujuan Keadaan menerusi SSA mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kerana itu, perjanjian perkongsian jualan antara kedua-dua belah pihak adalah terbatal dan tidak sah serta merta,” kata TRX City dalam satu kenyataan hari ini.
TRX City menambah yang pemilik tunggal sahamnya iaitu Kementerian Kewangan akan mengekalkan 100% pemilikan tapak Bandar Malaysia dan akan menjemput pembida lain untuk menjadi pemaju utama yang baru.
“Proses pemilihan akan melibatkan kriteria yang sangat ketat, termasuklah rekod kerja, masa penyampaian dan kemampuan kewangan untuk pembangunan projek mega. Ini bagi memperhebatkan semua aspek Bandar Malaysia, termasuklah peranannya dalam perniagaan, pengangkutan, kediaman penduduk dan pusat pelancongan.
”Langkah yang diambil hari ini akan memastikan tiada kesan buruk berterusan dalam jangka masa panjang pembangunan Bandar Malaysia dan sebaik sahaja ia disiapkan, projek itu akan memberikan manfaat terbaik kepada negara, lebih baik berbanding sebelumnya,” tambahnya.
Menurut kenyataan itu, Bandar Malaysia akan menjadi katalis kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negaran. Tapak pembangunan terbesar di Malaysia itu
Dengan lokasi utama strategik akan menawarkan pelbagai peluang perniagaan, pelaburan dan pekerjaan, termasuklah Kuala Lumpur Internet City, iaitu Kawasan Bebas Perdagangan Digital terbaru.
Dikhabarkan juga yang Bandar Malaysia akan menjadi titik tumpuan pengangkutan Malaysia, menghubungkan kereta kelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, landasan MRT, KTM Komuter, Express Rail Link dan 12 lebuhraya.
Iskandar Waterfront Holdings Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp Sdn Bhd menandatangi perjanjian pada 31 Disember, 2015 dengan pemilik projek iaitu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan sepatutnya menyiapkannya pada Jun 2016 sebagai rancangan tahap ketiga dan terakhir proses rasionalisasi untuk menyelesaikan hutang tertunggak 1MDB.
1MDB memulakan tiga peringkat pelan rasionalisasi bermula Jun 2015, bermula dengan perjanjian pertukaran pemilikan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) berpengkalan di Abu Dhabi dan penjualan aset tenaga Edra Global Energy Bhd kepada syarikat China pada November 2015.
Perjanjian dengan IPC berdepan beberapa masalah tetapi diselesaikan minggu lepas di London melalui proses arbitari.
Kedua-dua perjanjian pada 2015 ialah untuk memansuhkan hutang 1MDB bernilai RM24 bilion walaupun ramai pengkritik berhujah yang aset utama negara sedang dijual kepada pihak asing sedangkan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB sepatutnya berurusan dengan syarikat tempatan.
Dalam perjanjian Bandar Malaysia, konsortium IWH-CREC menilai 486 ekar tanah pada nilai RM12.35 bilion. IWH-CREC ialah kerjasama 60:40 antara IWH dan CREC yang mana kerajaan negeri Johor memegang 40 peratus pemilikan IWH melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd. – 3 Mei, 2017.
Comments