Penggunaan data terbaik yang wujud untuk unjuran mencapai matlamat pendapatan tinggi dalam Program Transformasi Negara yang berlaku kini menggerakkan Malaysia ke laluan yang tepat, menurut Pemandu.
“Memandangkan ekonomi seluruh dunia tidak berkembang pada kadar sepertimana yang dinikmati pada masa lalu, yang menyebabkan unjuran World Bank Atlas tidak berkembang selari dengan unjuran yang dilakukan dalam makmal.
“Bagaimanapun, data dari Bank Dunia jelas menunjukkan yang jurang antara Malaysia dan ambang negara berpendapatan tinggi secara progresifnya mengecil daripada 33% pada 2010 kepada 15% pada 2015,” tulis timbalan presiden eksekutif Pemandu, Alex Iskandar Liew hari ini.

Liew mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada rencana yang diterbitkan dalam The Malaysian Insight pada 24 April. Dia memberikan kenyataan balas 6 muka surat yang diemailkan kepada The Malaysian Insight hari ini.
Dalam rencana itu, Osman Jailani berkata yang Pemandu telah gagal mencapai objektifnya kerana pendapatan kasar negara semakin jatuh berbanding meningkat seperti sepatutnya.
Data dari Bank Negara menunjukkan yang GNI per kapita jatuh sebanyak 15% dari ASD $10,345 pada 2013 kepada ASD$ 8,821 pada 2016. Ini jauh daripada tanda aras yang diletakkan Pemandu sebanyak ASD$15,000 untuk menjadi ekonomi pendapatan tinggi,” tulis Osman. – 2 Mei, 2017.
Comments