[VIDEO] Tiada pengakuan salah dari ibu Zayn, kata peguam


Nabihah Hamid Kamal Ariffin Fikri Ghazali

IBU Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abd Manaf tidak membuat sebarang pengakuan bersalah sebaliknya hanya memberikan keterangan di hadapan masjistret, kata peguamnya Mahmud Jumaat.

“Puan Isma menekankan bahawa beliau tidak membuat sebarang pengakuan salah sebaliknya memberi keterangan yang sangat berlainan dari apa yang diuar-uarkan diluar sana, kononnya beliau telah membuat pengakuan salah, terbabit dalam pembunuhan,” katanya kepada media di perkarangan Mahkamah Seksyen Petaling Jaya hari ini. – 12 Jun, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen