[VIDEO] KFC tutup operasi kerana boikot? Ini pandangan pakar ekonomi


Nabihah Hamid Kamal Ariffin Daniel Abd Halim

Kualiti produk, perubahan selera pelanggan dan saingan jenama lain merupakan antara faktor restoran KFC terpaksa menutup lebih 100 daripada 700 cawangan seluruh negara.

Pakar Ekonomi, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata sudah menjadi lumrah sesebuah jenama itu akan merosot hasil jualannya sekiranya tidak melakukan inovasi untuk menepati peredaran zaman.

“Setiap produk ada jangka hayat. Ia juga mungkin sebab minat pelanggan yang berubah. Ia juga disebabkan sentimen, sebagai contoh apa saja barang kaitan dengan barat dikatakan ada kaitan dengan zionis,”

“KFC sebagai contoh walaupun milik syarikat tempatan dan langsung tiada kaitan sokongan secara langsung atau tidak langsung tapi stigma jenama itu turut menyebabkan terkena tempias, katanya kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya tempias boikot disebabkan peperangan Gaza turut memberi peranan namun tidak besar impaknya.

Akhir April lalu, media melaporkan lebih 100 cawangan KFC ditutup dan menghenti operasi sementara akibat peningkatan kos.

Pemiliknya, QSR Brands menjelaskan mereka menutup sementara cawangan KFC tersebut disebabkan peningkatan kos perniagaan selain memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan lebih baik – 22 Mei, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen