[VIDEO] CEO KFA dilepaskan dengan jaminan SPRM


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Zulkifli Che Haron yang di reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA Ibrahim Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan Zulkifli dilepaskan kira-kira pukul 10 pagi semalam setelah selesai memberi keterangan bersama tiga individu yang lain. – 8 Januari, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen